Thursday, April 14, 2016

Tips Happy (Entry lame)

Assalamualaikum

Apa khabar orang patah hati sekalian? Sudah cuba terjun bangunan? Atau makan Panadol sampai overdose? Mungkin kelar pergelangan tangan? Jangan risau, saya di sini ada penyesalan bersama tips-tips berguna untuk kalian. Walaupun tajuk entri agak lame dan camtaik. Tenang semua, inshaAllah berguna.

Pertama, set mental kalian yang aku ini bukanlah manusia yang lahir memang sentiasa gembira dan ada singgahsana atas pelangi sampaikan aku boleh bagi ‘Tips Happy’.

Kedua, seluruh tulisan ini adalah hasil pengalaman sendiri dan eksperimental semasa dalam perjalanan menjadi manusia gembira.

Ketiga, aku rasa kau power pasal kau baca entri paling lame dalam dunia.

Okay.

Siapa sahaja yang tak mahu jadi gembira kan. Dengan realiti hidup hari ini yang hampir kurang baik dari tidaknya. Lagi-lagi dikalangan pelajar dan suicidal thought bukan masalah asing lagi. Tapi masyarakat kita hari ini lebih seronok menghukum manusia-manusia dengan suicidal thought seolah mereka ini anjing kurap yang tak layak diberi perhatian akibat dari masalah yang mereka hadapi.

Masyarakat menganggap suicidal thought dan suicide attempt ini adalah perbuatan orang pendek akal dan bodoh. Mak cik dan pak cik, tuan dan puan, kakak dan abang, adik-adik sekalian, tidak semestinya perkara yang kita nampak biasa pada mata kita itu tak ada rosaknya. Kajian jelas menunujukkan, mereka yang mengalami masalah mental ini (depressi, ADHD, bipolar disorder) menghasilkan hasil CT scan yang berbeza dari otak manusia normal. Jadi, tidak semestinya apa yang kita nampak dia yang okay dan tidak apa-apa itu otaknya tidak terjejas.

Aku dekat sini bukan mahu kata pada mereka yang hatinya rabak dan terkoyak ini, “c’mon get a grip!”, “take it easy man”, “janganlah fikirkan sangat”, “benda kecik je kot”. Kalau kau antara manusia yang pernah bilang pada rakan atau keluarga kau yang sedang patah hati, menangis tersedu-sedan semua ini, selamat berjaya dengan hidup kau! Kerana masalah mental ini real deal dan perkataan yang tepat untuk mereka yang sedang bersedih bukan perkataan tapi perbuatan. Tunjukkan affection, buatkan secawan Milo panas, atau tebarkan selimut di halaman rumah sambil pandang bintang. Mungkin tidak menyiapkan masalah kepada jawapan, sekurangnya itu lebih menyenangkan dari, “c’mon get a grip!”. Kau ingat dia apa? Robot yang ada kawalan jauh?

Untuk kau yang sedang bersedih, ini ada hadiah untuk kau. Semoga kau baik-baik dan senyum lagi ye.

TIPS HAPPY

  • Hiatus

Hiatus ini bahasa mudahnya, ‘take a break’. Bila terlalu sedih, depress dan gila babi stress makan Kitkat sudah tidak membantu sebgai ejen ‘take a break’ lagi. Jadi, apa yang kau perlu buat, kau kena mula cari ruang untuk bernafas dengan hiatus. Nak hiatus tak perlu sampai ke hujung dunia, merantau sampai ke negara seberang. Kalau budget dalam poket mampu untuk yang dekat, jadi pergilah yang dekat. Asalkan keluar dari kawasan yang kau diami sekarang dan berjalan cari kawasan baru, kenal orang baru, terinspirasi dengan stranger tepi jalan, eat good foods dan paling penting; bernafas.
  •  Deactivate


Okay cara ini mungkin tidak sesuai diaplikasi kepada semua. Semasa kau berhiatus lebih baik kiranya kalau kau jauhkan diri kau dari telefon yang selama ini seperti nyawa kepada kau. Deactivate laman social yang kau rasa kau tak perlu atau bakal menyakitkan kau dengan kenangan dan aktiviti tak berfaedah seperti stalking. Tinggalkan aplikasi yang paling perlu. Janganlah kau deactivate semua sampai jadi kera sumbang pula. Kau nak baiki hati jangan sampai merosakkan hati yang lain.

  •        Raikan passion

Kalau selama ini kau jarang punya masa untuk passion kau, inilah masanya kau usahakan sungguh passion itu sehingga ia menjadi rama-rama yang cantik. Kalau kau ini minat menulis, elok kau gunakan ‘patah hati’ kau ini sebagai alat untuk menulis. Yasmin Ahmad pesan, “write emotions, its easier”. Kalau kau ini minat bola, gunalah ‘patah hati’ kau ini untuk kau lempiaskan dengan sepakan padu ke gawang gol. Mana tahu nanti lama-lama kau setanding Ronaldo. ‘Patah hati’ ini sebenarnya membuka ruang kepada kau meraikan perkara yang kau jarang ada masa untuknya tapi kau cinta. Sekaranglah masanya!

  •        New thing!

Aku percaya dengan ruang yang kau ada sekarang ini sesuai sangat untuk kau belajar perkara baru. Contohnya, main music. Main musik, selain bakat kau kena ada konsistensi dalam praktis. Jadi lebihan masa yang kau ada itu mungkin kau boleh guna untuk perkara baru yang boleh kau guna untuk tulis dalam resume untuk dihantar ke bakal mentua kelak. Dengan belajar benda baru ini juga, kau bakal perlahan-lahan melupakan masalah kau yang menimbun serta sakit hati kau yang tidak baik lagi.

  •        Positive vibes

Ini penting untuk kau. Ion positif ini kau boleh dapatkan dari kawan-kawan kau yang baik. Kawan yang tidak bilang pada kau, “get a grip!” dan terus pergi tinggal kau terkapai. Boleh juga dapatkan di Twitter (haha) dengan syarat kau sudah siap-siap unfollow Twitter manusia yang asek sebutkan perkara yang buat kau sakit, atau tulisan sendu yang asek nak buat kau nangis bawah meja. Dekat Facebook, kau boleh boleh baca cerita politik dari menteri-menteri bodoh yang bakal buat kau tak kering gusi. Ini depends kepada laman social mana yang kau masih ada. Kalau Whatsapp sahaja yang kau ada, dapatkan positif ion di kedai-kedai buku berdekatan. Dekat masjid paling banyak. Percayalah.

  •        Berhenti membanding

Ah! Sayang. Kau sedang membanding kayu dengan kayu. Apa lebihnya. Setiap orang ada kualiti dan kelebihan masing-masing. Jadi berhenti membanding. Kerana kau ada kuat dan bagus tersendiri. Kau istimewa. Tak ada sesiapa boleh jadi kau. Senyumlah. Kau kayu cenggal. Dia kayu jati. Bezanya Cuma jenis. Tapi nanti sama-sama dijadikan bangku.

  •        Sebarkan kasih sayang

Kau tahu, hadiah paling cantik dan mahal adalah kasih sayang. Kau akan bahagia dengan lebih banyak memberi dari mengharapkan balasan. Bukan semua dapat komited dengan memberi hadiah kasih sayang ini. Dan bila sembang soal kasih sayang, jangan sempitkan kepala kau dengan keberduaan. Bagi makan pada kucing jalanan juga kasih sayang sebenarnya. Cubalah!


  •        Expect less

Jangan mengharap terlalu tinggi pada perkara yang tidak pasti. Patutnya harapan itu Cuma pada yang Dia yang tak mati. Bila kau mengagih kasih jangan berharap dia akan membalas juga dengan kasih sayang tapi kau kena percaya yang Dia akan balas sepenuhnya dengan kasih sayang juga. Bila kau kurang menjangka dalam hidup, kau akan terkejut dengan kejutan dari tuhan. Live in the moment. Because future isn’t yet to be revealed and past is past.

  •        Syukur

Semua perkara ada sisi baik. Apa yang kau terima itu hadiah. Mungkin tak adil untuk aku kata, “ada manusia yang jauh lebih derita”. Tapi tak adil juga untuk kau terus menghukum diri dengan berasa sedih dan tidak selesa berada dalam fizikal sendiri, walhal, di negara lain, yang perang tak pernah sudah, yang makanan bukan lagi keperluan apatah lagi kehendak tetapi ‘kalau ada’, yang rumahnya tidak berbumbung asbestos atau zinc sedangkan untuk berbumbung nipah pun punyalah susah dan mereka masih gembira dan teruskan hidup. Kau layak gembira. Lebih dari layak. Kau tahu apa hebatnya syukur ini? Kau rasa cukup. Janji tuhan, “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), sungguh azabku sangat pedih”- Surah Ibrahim:7

Setiap kita, ujiannya berbeza. Beratnya juga lain. Tapi bukanlah hak kita untuk tegas mengatakan, “ujian aku lagi berat dari kau!”, kita diuji sesuai dengan kemampuan kita. Satu lagi, yang aku selalu buat untuk rasa gembira, aku make fun dengan masalah aku. Aku make joke about it, trolling sampai satu point aku sendiri tak tahu sebenarnya ini masalah atau keseronokkan. Masalah inilah yang akan mematangkan kita. Kerana aku percaya, kita ini harus ditolak dari cerun bukit baru kita sedar yang sebenarnya kita ada sayap. Dan selagi kita duduk di tebing cerun, menangis kerana takut gayat dan selagi itulah kita adalah penjara kepada diri sendiri.

Apa guna dunia ini tuhan ciptakan untuk kita kalau tidak untuk menghiburkan dan mengajarkan kita. Berjalanlah. Explore. Kau layak bahagia, sayang.

Semoga bermanfaat.



No comments: