Monday, April 11, 2016

Jurnal Cuti: 2

Assalamualaikum

Lama betul rasanya tak menulis blog. Banyak benda nak tulis, cumanya, tak tahu ayat mula nak letak apa. Aku memang bangang bahagian memulakan dan  menghabiskan ayat. Jurnal ni seharusnya aku tulis perihal event yang aku telah pergi. Jadi aku mula dengan IpohCalling.

Talk dari Adeeb The Sick Siderr 
IpohCalling tahun ni dianjurkan oleh Ooi & Comrades dan diadakan di Ooi & Comrades Mansion di jalan Lapangan Terbang, Gopeng. Aku pergi dua set (petang sekejap , aku datang sekali lagi pukul 10). Jadi macam biasa, aku pergi sorang. Segan tak segan, aku bedal je. Masuk dengan angkuh buat muka tak berperasaan, terus diri di kawasan yang betul-betul menghadap balkoni. Waktu itu, Adeeb dari The Sick Siders yang tengah bagi talk. Kalau korang nak tahu, The Sick Siders ni dah jelajah Europe ride naik basikal; Malaysia-Europe. The Sick Siders juga ada menjual apparel, bicycle part dan design. Aku tertarik dengan falsafah yang Adeeb lontarkan, bila ada seorang pengunjung IpohCalling hari itu bertanya pada beliau , “sampai bila nak ride?”, jadi beliau jawab , “kenapa kau rasa semalam kau hidup, dan hari ni kau masih hidup?”. Yang Adeeb cuba sampaikan adalah, beliau takkan berhenti mengayuh.

Adeeb ada juga menlontarkan, “lakukan apa sahaja yang baik-baik, kalau niatnya kerana Allah. Boleh jadi ibadah”. Yelah, kalau nak cari tuhan, nak cari kehidupan, nak cari inspirasi, dari rumah pun kau boleh buat semua itu. Jadi kenapa perlu kita teroka sampai ke negara orang, berkayuh lagi tu. Alasannya Cuma satu, Allah.

Aku sampai dengar talk Adeeb ni pun dah separuh jalan, pasal sampai lambat. Tapi yang separuh itu pun dah  cukup berguna. Event seni dan sosial gini peminatnya tak besar. Jadi bila pergi tu muka sama juga jumpa; aku terjumpa Jack Malik. Dan, itu sahaj orang yang aku pandang , “eh aku kenal dia ni!”. Makanya, aku tak rasa seperti kera sumbang sangat. Okay.

Malam itu pula, ada performance Wani Ardy. Aku suka puisi-puisi Wani Ardy. Sebab aku rasa dia faham aku, walaupun sebenarnya perasaan yang aku rasa tu , pengalaman yang aku lalu tu dilalui dan dirasai oleh berjuta orang lagi. Puisi Wani Ardy aku rasakan paling rapat dengan aku. Dan aku suka muzik beliau. Performance start pukul 10 lebih gitu. Gopeng-Bercham tak dekat. Berhambat balik dengan ayah jugalah. Haha. Dalam setengah jam ada dalam sepuluh kali call, chat suruh balik tak payah kata. Tapi, haha, aku dengan Memen okay je kena marah pasal gian dah lepas. So I lose nothing kan ? Haha

Performance Wani Ardy & The Guitar Polygamy

Sebelum aku terlupa. Aku patut masuk jurnal log aku rasa perkara ni; aku berjaya pergi teater pertama. Teater Rumah Kayu dan Taj Mahal. Arahan pelajar Politeknik Ungku Omar untuk projek tahun akhir mereka. Not bad lah untuk seketul Paen yang pertama kali pergi teater. Oh. Ini pun aku pergi sorang.
Band performance di antara dua teater

Minggu seterusnya, Wiken Bangi. Event kolaborasi Thukul Cetak dengan Cartel Coffee Shop. Pasal event sebelum itu, Kota Kata tak dapat pergi jadi event di Bangi aku tekad nak pergi. Aku angkut Dijah dan kami buat kerja gila. Masa buat tak rasa gila. Dah nak balik baru sedar, “gila betul benda ni”. Aku gerak dari Ipoh 8.30 pagi Sabtu. Bas sepatutnya 7.30 pagi tapi disebabkan terlalu banyak perkara, aku ditinggalkan bas 2 minit lepas waktu asalnya. Cis! Tren pula sudah kehabisan tiket. Hari itu aku rasa, waktu betul-betul bergaduh dengan aku. Aku patut ada di sana awal untuk jaga booth The Wakaf Buku, end up aku samapi pukul 1 di tamabh waktu untuk makan, jadi aku mula pada pukul 2 petang. Kah!

Dijah bertolak malam Jumaat dari Sungai Petani. Aku betul rasa bersalah pada orang yang aku sudah buat mereka tertunggu, Dijah, Ecah, Zamir. Serius. Bersalah. Gila. Babi. Tak tipu.

Pyan Habib dan sajak 'Seluar Dalam'
Aku hidang mata aku dengan bacaan puisi dari Pyan Habib. Aku memang teringin betul nak dengar Pyan Habib baca puisi, kira hari itu untuk ini checked lah. Santai. Kool. Puisi beliau buat aku rasa ringan, rasa macam nak terbang. Kemudian, bacaan puisi dari Jack Malik. Bacaan puisi dari Jack Malik selalu buat aku rasa nak menari, sebab gaya beliau berpuisi macam menari. Salute betul! Hanuman bacaan beliau pun padu. Aku rasa macam balik Terengganu, duduk tepi laut sambil tengok nelayan. Dan kemudian Emoqwin. Ini pun bukan calang-calang. Meremang bulu roma masa beliau lantutkan suara untuk “de-mo-kra-si” dengan background muzik dari imaschine(tak silap aku). Sempurna!
Jack Malik dengan sajak 'Parti Puisi'

Selalunya, aku tengok Fazleena Hishamuddin bersuka ria dengan The Lasykar dalam Youtube. Aku paling suka Kota Kenangan, tapi hari itu beliau baca Rumah Kita untuk penuhkan slot sementara tunggu performer seterusnya. Banyak lagi performance sebenarnya. Pasal terlalu indulge dengan performance, aku lupa aku ada 3 keping gambar sahja sekitar hari kejadian. Boleh tak aku tampal memori ?

Masa nak balik dari Seksyen 15 Bangi ke KTM UKM , teksi yang ambil kami awal tu tak boleh datang dan ambil kami untuk balik. Nasib aku baik, rumah Pak Andak area situ, cuba call Pak Andak nak minta tolong pick-up kami di sana. Unfortunately, Pak Andak tak angkat. Ha ha ha. Cuak juga. Jadi kami berjalan ke Bangi Gateway yang terletak berhampiran Cartel Coffee Shop. Hari itu kami terfikir, ini rupanya rasa backpackers yang berjalan dari satu tempat ke satu tempat andai kata tiada pengangkutan yang ada ketika itu. Kami (Aku dan Dijah) cuba keep it cool, sambil aku cuba minta nombor telefon teksi atau kereta sapu dari Ecah. Dia duduk Kajang jadi mungkin boleh dipertimbangkan kalau pak cik teksi nak commute dari Kajang ke Bangi kan ?

Alhamdulillah, kami dapat pengangkutan; kereta sapu. Kami  terus gerak ke KTM Kajang. Beli tiket dan tunggu tren mengutip kami.

Aku bilang pada Dijah , “Weh, jujur, aku seronok gila lepas break up ni”, sambil senyum pandang railway. Dijah senyum sinis , “eleh dulu sampai berpisau”, aku gelak dan aku kata, “kau takkan faham perasaan tu”. “Ye betul. Aku tak pernah lalu lagi”. Kami bertolak balik ke negeri masing-maisng malam itu juga. Sehari di Bangi banyak betul perkara yang menginspirasi. Rupanya ini yang tuhan mahu aku lakukan. Rupanya manusia yang Dia ambil untuk cipta sebuah kekosongan itu untuk ini. Untuk sebuah kehidupan.

Sepanjang perjalan pergi dan pulang, aku berjumpa dengan dua orang pak cik teksi. Yang pertama, pak cik teksi dari Kelantan. Beliau bekas pekerja Karangkraf, tapi disebabkan ekonomi Malaysia merudum , beliau ‘dipilih’ untuk menamatkan perkhidmatan. “Orang tak mboh bakpe lagi tunggu”. Pak cik kedua yang menghantar kami ke KTM Kajang adalah seorang Muallaf. Aku salute dengan beliau. Beliau sangat considerate. Beliau tahu, teksi agak mahal untuk student bergerak jadi malam itu selepas menghantar kami ,”risau pulak budak-budak ni nanti takde orang ambik”, sedangkan beliau tahu banyak lagi teksi yang ada. Aku nampak jujurnya, bukan duit, tapi niat mahu menolong.
Makin aku besar, aku sedar, yang hidup adalah sebuah kelangsungan. Sebuah pengorbanan. Sebuah cinta yang lebih dari kebersamaan. Perjuangan mencari diri sendiri.

Dulu, masa aku masih ada pacar, lelaki itu terlalu sering doubt dengan kebolehan aku bila aku bilang aku nak backpack ke Indonesia, aku nak hitchhike, aku nak cari adventure. Dia  akan buat aku berfikir kembali tentang kebolehan, buat aku rasa tak mampu, buat aku rasa aku perlu bergantung pada dia. Aku akan mula doubt dengan diri sendiri balik dan akhirnya aku tak ke mana.

Sekarang, hidup aku lebih bebas. Dan barulah aku nampak kehidupan itu seperti apa. Aku ingat lagi kata-kata seseorang, aku tak ingat siapa, dia bilang, “hidup kita perlukan seni”. Aku dah jumpa kehidupan aku. Aku nampak kesusahan manusia yang selama ini aku selalu terlepas pandang.

Bagi aku, ini cuti aku yang paling aku rasa penuh dengan kebaikan. I feel blessed dikelilingi manusia yang baik-baik, manusia yang memberi inspirasi, rasa blessed bila tuhan buka mata untuk aku lihat hikmah disebalik kepayahan dulu. Sekarang, semuanya depan mata. Apa lagi yang aku nak ?

Power betul perasaan bila kita live in the moment, tanpa fikir, “nanti itu…”, “nanti ini …”, kita jadi kurang takut dengan kehidupan sebaliknya terlalu bersyukur untuk pinjaman tuhan yang indah-indah ini.

“Ijazah terbaik adalah di jalanan”- Malique


Hipotesis diterima.

No comments: