Tuesday, March 22, 2016

Jurnal Cuti : 1

Assalamualaikum
Hai.



Currently, aku ada di Ipoh hampir 9 bulan , plus minus. Pertama , untuk internship. Kedua, cuti semester 3 bulan sebelum ke tahun akhir. Jadilah keseluruhan keberadaan di Ipoh 9 bulan , plus minus. Hujung minggu yang lepas , aku ke screening ‘Lelaki Harapan Dunia’ , cerita tulisan Liew Seng Tat. Selain movie screening, kami disajikan dengan kupasan awal muncul filem dari zaman filem ‘Semerah Padi’ hingga ke filem-filem 21 century. Hujung minggu pada minggu kedua , aku ke Khizanat untuk RabakSlang dengan Dijah. Dekat sana , kami dikenyangkan dengan sembang santai brader Nazir tentang ‘Seni dan Budaya di Melbourne’.

Aku ada satu group yang diberi nama , ‘Group Pencinta Puisi’- duh! Klise betul nama ni kan. Haha. Di situ , aku jumpa tribe aku. Manusia-manusia yang jatuh cinta dengan seni dan tulisan. Aku ada member yang ambil jurusan seni halus, yang ambil law tapi kaki jamming dan power dengan music instrument dan semestinya seni, yang doktor tapi ada keluarkan sebuah buku puisi, yang biasa-biasa tapi puisinya luar biasa. Entah ramai. Dan mereka semua; yang di Yasmin Ahamd at Kong Heng , Khizanat , group bernama klise, mereka ajarkan aku melihat hidup dari kaca mata berbeza. Seronok. Tak tipu.

Jujur, screening filem di Yasmin at Kong Heng adalah suapan seni aku yang pertama. Selama ni, aku Cuma manusia yang suka seni sorang-sorang , yang aku tak tahu dengan siapa aku perlu bincangkan perihal tulisan pemuisi itu dan ini , karya director itu dan ini, music artis itu dan ini. Aku sorang, mereput dalam bilik di kampus bersama buku puisi.

Balik ke kampus , aku tak tahu kemana aku boleh cari aktiviti seni . Ada hikmah rupanya, aku putus cinta dan patah hati , pulang ke Ipoh dan berjumpa manusia-manusia hebat. Di screening itu hari , aku pergi seorang. Aku tak biasa lagi dengan scene art yang begitu maklumlah, itu yang pertama. Sumpah, aku rasa macam alien. Gelak terbahak sorang bila sampai bahagian cerita yang lawak. Tapi, situlah, aku terinspirasi untuk sebuah kehidupan. Aku duduk dikelilingi makhluk yang jatuh cinta dengan seni dan isinya. Jujur atau tidak, itu bukan hak aku mahu menilai mereka. Yang aku tahu , aku seronok dapat ilmu perfileman dari Hassan Muthalib dapat pengalaman merantau dan pindah rumah dari Seng Tat.

Dan bila aku ke event seni seterusnya, yang sama santai, aku sudah mula boleh cope. Mungkin belum sampai tahap, aku boleh bertegur , “hai”, tapi bolehlah bersembang kalau ditegur dan bersembang kencang macam space tu aku punya sorang. Aku seronok, tho aku tak pernah ke Melbourne , tapi brader Nazir bawa Melbourne ke ruang Khizanat, aku tak pernah deklamasi puisi dikhalayak (tak berani lagi jujurnya), tapi dengarkan Jack Malik, sijasad dan brader Nizar deklamasikan satu dari kepunyaan mereka dan kesukaan mereka , aku belajar; itulah caranya mengekspresi tulisan hati secara verbal.

Aku bukan anak yang dibesarkan dalam keluarga seni. Yang aku tahu kau faham , prejudis mereka kepada seni itu seperti apa. Aku bukan anak , yang senang diberi pelepasan terbang, tapi aku bersyukur aku dijaga dan disayang , jadi kerana tuhan itu Maha Tahu, Dia bawakan seni; passion aku , ke ruang yang aku diizin terbang kepada .

Itu hari , aku cuba buat abstact pakai melted wax crayon. Tak jadi weh ! Tak jadi macam apa yang aku nak. Adik aku gelak , “ni Hakim pun boleh buat”. K. Aku post ke group yang bernama klise , bang Yat kata , “daebak Scarlet!”. Inilah guna manusia yang jatuh cinta dengan seni , mereka faham. Walaupun hasilnya sloppy. Tapi, mereka faham usahanya banyak. Dan aku percaya, asal seorang pelukis, penyair , pemuisi, penulis, dan seniman seniwati yang hebat adalah dari menjadi sloppy dan dikecam terus-terusan.

Aku student science , aku main logic dan fakta. Tapi , aku sedar , kebanyakan waktu , aku memang tak masuk akal dan hidup aku selalunya terkeluar dari landasan fakta. Aku tak tahu nak express macam mana. Jadi, aku tulis setiap satu.Aku bukan orang verbal. Aku masih suka Sains, sebab ini makanan aku dari kecil. Bapak aku Engineer , kau tahu tak seksa nak bawak balik report kad kalau Math dengan Sains dapat bawah dari B!

Aku nak bagi tahu, jangan sempitkan fikirang kau dengan kata seni Cuma untuk orang yang talented dan pandai melukis, Aku tangan kayu, melukis time kelas Botani dulu pun asek lekap orang punya je, tapi rezeki seni aku jatuh pada ; Alhamdulillah aku pandai karang puisi walaupun tak sehebat otai-otai, atau yang sudah Berjaya keluar buku tapi cukuplah kalau ada orang ketuk pintu peti masuk aku dan kata ,”terima kasih , tulisan awak inspired saya”. Itu pun aku dah bersyukur sungguh.

Bagi aku, seni adalah portal untuk aku mencari tuhan.

“Kita semua mencari, tapi cara kita mencari yang berbeza”- Yasmin Ahamd

“Jangan beralasan nak buat seni. Kalau kau betul suka seni , kau akan buat masa untuk dia”- Jayzuan.

Seni adalah perkara paling dekat dengan jiwa aku untuk aku terus berjalan dan mencari. Kau semua  ada cara sendiri. Gunalah , sebab kita ni wanderer atas bumi tuhan. Pencarian takkan sudah , sampai kau ke liang lahad. Itulah , hijrah orang panggil . Perkara yang tak berhenti di situ sahaja.

Dan aku berharap, aku diizin tuhan untuk ke event seni seterusnya supaya aku terus terinspirasi dengan manusia-manusia hebat yang bina sarang dari kemalangan yang teruk.

“IpohKreative yang lepas , budget dalam RM500. Itu pun tak sampai , aku yang bundarkan”-Jayzuan.


Sebab bukan semua perkara perlu segedebuk duit untuk menginspirasi manusia dan memanusiakan seorang manusia. Percayalah. Isinya lagi penting dari , harga.


No comments: