Sunday, February 28, 2016

Bintang

Assalamualaikum
Hai.

Aku ni a kind of girl yang sentimental. I like things in pastel , something vintage , memorable thing though perkara tu Cuma sehelai kertas je kadang tu. Aku suka sangat bintang sebab bintang perkara precious bagi aku. Setiap kali aku pandang bintang , aku akan rasa seolah aku tengah menggantung harapan , dreams aku dekat setiap bucu bintang.Mungkin bintang tak ada warna spesifik , tapi bagi aku bintang adalah pastel dan dalam imaginasi aku bintang warnanya baby blue dan baby pink. Nampak, warna pun aku baby kan. Duh. Tak macho betul.

Dalam hidup aku , aku pernah star-gazing Cuma dengan dua manusia yang keduanya bagi aku ;penting dunia akhirat.

Hari ni , bintang ikut aku sepanjang perjalanan dari Manjung ke Ipoh. Bintang suka aku lah kot aku rasa. Bintang buat aku terfikir satu perkara . Mengapa bintang tak diizin tuhan untuk dipetik ? Sedangkan bintang terang-terang helplessly cantik. Tak payah nak di dandan bagai masih cantik pada mata-mata manusia macam aku yang jakun dengan bintang.

Bintang adalah serpihan asteroid yang sudah berjuta tahun mati. Ini apa yang aku dapat dari pembacaan konon-konon aku masa muda dululah. Bintang dapat cahaya dari matahari , sama seperti bulan. Cuma bulan adalah sebuah planet dan bintang adalah serpih yang bertebaran.

Cahaya matahari ni terlalu panas sampaikan dengan refleksi matahari yang terbias ke bumi guna cermin kanta pun mampu membakar . Apa lagi bentuk asalnya. Bulan , waktu malam akan sejuk seluruh permukaannya tapi bila siang bulan akan jadi panas. Berbeza dengan bintang.

Matahari juga bintang. Jadi bintang ni bukanlah hanya waktu malam , buktinya matahari.

Okay back to bintang. Permukaan bintang panas. Itu boleh kita tengok pada warnanya. Kadang ada bintang warna merah , percayalah itulah sebenarnya state bintang yang paling sejuk antara semua. Temperature yang berbeza akan menyebabkan perubahan pada warna bintang .

Aku selalu tertanya kenapa bintang tidak diizin untuk dipetik ?

Jadi inilah sebabnya. Bintang panas. Walau bintang cantik. Allah tahu kita takkan mampu dengan panasnya bintang , jadi Allah gantung bintang tinggi-tinggi dekat angkasa. Maka , kita hanya dapat lihat keindahan bintang walaupun kita tak mampu nak petik bintang.

Macam hidup kita.

Kita akan mula bitter bila kita tak dapat apa yang kita nak. Kadang , kita salahkan takdir untuk apa yang jadi. Kita buat seolah-olah Allah tak merancang kehidupan kita dengan baik. Allahu. Bukan ke Allah tu Maha Mengetahui. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Kita mungkin rasa , ‘oh perkara ni baik untuk aku’ , ‘ye inilah dia!’ , but the truth is , penentu semua tu Cuma satu , Allah.

Cubalah kalau bintang tu Allah letak rendah je. Betul-betul atas kepala kita , orang-orang yang tinggi mungkin dah kena jalan tunduk kot takut kepala melebur. See ?

Kita terlalu risau dengan kehidupan sedangkan kita ada Allah yang Maha Segalanya. Kita terjaga oleh Allah, setiap hari. Kadang tu , bukan Allah tak nak bagi apa yang kita nak . Pertama , mungkin itu bukan perkara yang terbaik untuk kita. Kedua, mungkin Allah nak kita lebih berusaha mendapatkan apa yang kita nak. Usaha dengan perbaiki diri , lebih banyak berdoa , buat amal makruf nahi munkar. Ketiga, mungkin Allah ada perancangan yang jauh lebih baik untuk kita. Keempat , mungkin belum masanya.

Setengah perkara dalam hidup kita , kita hanya mampu tengok cantiknya dari jauh sahaja sebab kita tahu , Allah tahu , andai kita berhampiran dengan perkara itu , ia akan mendatangkan keburukan kepada kita. Macam bintang.

Aku pernah baca , bila kita mati nanti orang aku mula lupa kita kecuali tulisan yang kita tinggalkan. Semoga ini bermanfaat.

Thursday, February 25, 2016

Rumpai

Assalamualaikum
Hai.

It almost 2 months internship with Unit Biosekuriti Tumbuhan. I learn a lot. Dua minggu lepas , we were introduced to parthenium hysterophorus atau nama kampungnya rumpai miang Mexico. Rumpai ni secara saintifiknya bahaya , banyak side effect such as untuk kulit allergic akan jadi gatal-gatal , sesak nafas , asma dan untuk tumbuhan , rumpai ni akan suppress crop growth. Tapi , bukan ini point aku .

Masa Tahun Kedua dalam kos pertanian , kami satu kelas kena kumpul rumpai untuk koleksi. Rumpai dalam bahasa pertaniannya adalah tumbuhan yang tidak diperlukan di kawasan tanaman kita. Walaupun itu rumpai yang ada baiknya , contohnya rumpai yang ada nilai kesihatan untuk dijadikan herba . Tapi disebabkan itu bukan tanaman yang petani mahukan , jadi ‘mereka’ terpaksa dibuang. I found a lot of beautiful kind of weed for my collection dan secara jujurnya rumpai memang cantik , cumanya , ‘mereka’ itu organisma yang tidak diperlukan di kawasan itu.

Macam rumpai miang Mexico , ia ada bunga berwarna putih krim yang sangat cantik. Orang putih panggil , baby’s breath J

Tapi disebabkan ‘mereka’ merbahaya , jadi mereka dimusnahkan tidak kisahlah cantik macam mana pun bunga atau morfologi ‘mereka’. Aku pernah jumpa rumpai  yang menjalar di tanah , macam duit-duit tapi daunnya lebih kecil , ada bunga warna putih yang kecil. Bayangkan that kind of plant  cover up tanah dengan bunga putih kecil . Cantikkan ? Macam carpet gituw. Tapi disebabkan ‘mereka’ ini cumalah ‘pengacau’ di kawasan yang bukan diperuntukkan untuk ‘mereka’ jadi ‘mereka’ tidak dilihat sebagai ‘cantik’.

Cuba kalau semua rumpai yang cantik dan ada nilai kesihatan ni di tanam pada tempat yang telah dikhususkan untuk ‘mereka’ , kau rasa orang akan pandang dan puji tak ? Kau rasa orang akan ambil cakna tentang wujud mereka tak ? Secara logiknya , mestilah orang akan pandang dan ambil cakna sebab kita akan fikir ini perkara yang kita ‘mahu’ .

Macam itu lah juga manusia .

*senyum*

Kadang aku selalu dengar ibu bapa yang merungut anak mereka suka muzik lebih dari suka pelajaran teras dan kritikal . Mereka marahkan anak mereka untuk minat yang anak mereka ada , mereka kata muzik tidak membawa ke mana-mana , mereka terlepas pandang kehebatan anak mereka sendiri. Mereka ‘rumpaikan’ minat anak mereka , sedang yang mereka ‘rumpaikan’ itu perkara cantik dan berguna kalau tepat pada tempat letaknya . Tapi mereka abaikan.

Kadang aku nampak anak muda yang bergraffitii di dinding-dinding pantas dicerca dan di maki hamun masyarakat. Masyarakat jadi buta dari hasil graffiti yang indah dan ada nilainya dengan bahasa kasar ‘conteng’ dan ‘vandalisme’. Yang salah tetap salah , tetapi untuk menegakkan kayu yang bengkok mana boleh dibalas dengan kasarnya hentakan . Andai masyarakat memandang nilai graffiti , mereka akan menyediakan sebuah ruang untuk anak muda yang minatnya pada graffiti.

Bila kita melihat suatu kesalahan pada manusia lain , kita terlalu cepat mahu ‘merumpaikan’ mereka . Kita mahu cepat-cepat ‘cabut’ mereka keluar dari kelompok kita kerana kita takut akan tersebar buruknya pada yang lain. Mungkin kita tak tahu yang paku pakis itu juga rumpai tapi ‘mereka’ sedap dimasak lemak.

Bukan semua rumpai itu jahat , buruk , menyusahkan dan mengganggu . Jangan lupa , Allah tidak menjadikan sesuatu atas dunia tanpa sebab. Begitulah juga manusia. Come on! Janganlah hand weed orang yang buat salah , orang yang jahat , spare them some space. Doakan kebaikan mereka , sediakan ruang dalam kelompok untuk mereka berubah.

Dalam dunia ni , semua perkara cantik kecuali perkara kejahatan tapi bukan pelakunya . Kerana yang mencipta dunia ini Allah yang Maha Cantik . Ya , cantik Cuma untuk mereka yang memilih untuk melihat dunia sebagai ‘cantik’.

Kita , terlalu rajin nak ‘merumpaikan’ orang , jangan lupa orang lain pun boleh ‘merumpaikan’ kita sebab kita ni bukan diperlukan di setiap tempat kan ? Tapi , pastikan satu ini. Jangan sampai Allah ‘merumpaikan’ kita sampai Dia tutup hati kita dari kebenaran , pekakkan telinga kita dari ayat-ayatNya.


Semoga Allah redha. 

Parthenium hysterophorus

Saturday, February 20, 2016

Nyaris

Assalamualaikum

Hey.

Pernah tak kau lalu situasi nyaris ?

Nyaris terjatuh

Nyaris dilanggar

Nyaris melanggar

Nyaris dipukul

Nyaris ditolak

Beberapa hari lepas , aku nyaris dilanggar oleh kereta masa nak melintas. Dua hari berikutnya , perkara yang sama jadi lagi . Hari ini , perkara yang sama juga jadi. Nyaris dilanggar juga. Aku pernah menjadi orang yang reckless. Allah sayangkan aku , jadi Dia hadirkan sahabat-sahabat yang tolong menjaga aku yang reckless. Hari ini , aku bukan lagi manusia yamg reckless tu . Aku jadi lebih menghargai nyawa.

Jadi, kali ini aku berseorang. Setiap kali aku berhadapan dengan ‘nyaris’ mesti akan ada satu whisper deep dalam hati aku yang kata , “pandang kanan” , walau hakikatnya aku memang dah pandang kanan sebelum itu , jadi aku pandang lagi sekali. Kaki yang sepatutnya melangkah jadi berhenti. Dan , tadaa… ada van nak lalu rupanya. Allahu .

Kita semua ada situasi nyaris kita. Nyaris kepada kemalangan , tapi kerana kuasa Allah , kerana kasih sayangNya kita terselamat. Kadang , ada yang nyaris mati selepas suicide attempt tapi kerana kuasa Allah , Allah izinkan dia bernafas lagi.

Dulu , aku selalu tertanya , apa makna hidup sebenarnya ? Apa maknanya nafas yang dipinjamkan setiap hari kalau tak jumpa bahagianya ?

Rupanya , aku yang buta dengan nikmat yang diberi. Allah berhak untuk tarik nyawa kita-kita ni. “Kun” dan semuanya mungkin. Nafas yang dipinjamkan bukan suruh berjoli dengan kehidupan tapi sebaliknya memperbaiki apa yang kurang. Tak jumpa bahagia ? Bukan ke selepas hujan sentiasa ada pelangi . Kenapa mengharap hidup ini bed of roses sedang dunia ni cumalah pentas lakonan yang tidak kekal.

Ada seorang sahabat pernah beritahu aku satu perkara tentang bahagia , “dalam 365 hari sedih kau Cuma 3 minggu , kenapa perlu dirungut yang sedih tu sedang bahagia kau lebih dari 3 minggu tu ?”

Kita ni kadang-kadang terlalu selesa dengan dunia kita. Ibarat kita sedang duduk dalam sebuah globe yang kita hias penuh dengan keindahan sedang diluar globe kita adalah sebuah kehidupan yang sebenar. Kita menyangka realiti menyakitkan tapi kita menipu diri kita dengan indah yang palsu. Sampai lupa nak mensyukuri pemberian Allah.

Kenapa ? dunia ciptaan kau lebih cantik dari dunia ciptaan Allah ke ? Lebih tempting sampai kau deny kewujudan reality. Menolak semua kebenaran Cuma kerana ‘dunia’ kau ada law nya yang tersendiri . Apa law Allah tak cukup bagus untuk kau ?

Setiap hari , kita sentiasa melalui ‘nyaris’ , kerana Allah , kita sentiasa terjaga. Bersyukurlah. Dan keluarlah dari zon selesa kalian. Belajarlah memandang sebuah kehidupan dengan mata reality supaya kalian lebih mengenal Pencipta .


Banyak perkara yang perlu kita syukurkan sebenarnya. Terlalu banyak. Cuma kita yang bongkak , selalu sangat merasakan ini semua hak mutlak kita. Sampaikan bila terkurang seinci dari perancangan terus memarah takdir . Siapa tuhan sebenarnya ni ? Allah Maha Tahu. Apa yang kita lalui itu semua sudah diatur cantik-cantik. Sedarlah , kita ni hamba. Janganlah bongkak. Diberi ambil, tak diberi jangan merungut.

Thursday, February 18, 2016

Finding Your Passion

                                                                    Assalamualaikum
Hey.

Bila bercakap pasal passion , mesti banyak responnya. Siapa sajalah yang hidup tanpa passion. Passion bukan hobi , tapi boleh jadi juga passion itu adalah hobi. Passion ni translasi Melayunya , keghairahan (Scary nya translation). Contoh , passion aku minum kopi. Apa sahaja berkaitan dengan kopi aku akan mula rasa sangap (ni bahasa cikgu Fizik aku selalu pakai untuk keghairahan.Kah!) nak minum , nak tahu rasa kopi tu , cara nak buat , mana asal kopi tu dan bla bla. Mungkin ada yang akan kata , “kopi je kot”, peduli apa kan . Aku tak pedulikan apa sahaja yang orang kata sebab aku suka kopi and I drink coffee with heart.

Dan macam tu lah juga untuk mereka dan passion mereka.

Kita akan lebih gembira sejujurnya , bila kita buat perkara yang kita suka. Lalu , kita akan buat perkara itu dengan sepenuh hati kita. Contoh lagi , passion aku adalah buku. Dan aku tak kisah berapa banyak pun duit aku habis untuk buku. Sebab , lagi sekali , itu passion aku . Masuk kedai buku , bau buku baru , slipping page after page , indulge dengan cerita yang dipaparkan dalam buku tu . Everything. Dan , aku gembira .

Mungkin , dengan passion yang kita ada kita lebih bijak menyalurkan kekecewaan , kesedihan , kegembiraan, kemarahan dan ketidak adilan . Bukan ke semua ini juga perasaan ? Contoh , passion kau menumbuk. Kau memang suka betul bab tumbuk menumbuk ni , kira kalau diberi pilihan menumbuk orang dan dating dengan awek kau , kau akan lebih pilih menumbuk orang. Jadi bila kau marah , kau nak lepaskan semua kemarahan kau , nak jerit kau tak tahu , nak maki kau tak boleh , kau Cuma rasa nak menumbuk orang . Jadi , apa kata instead menumbuk orang illegally kau ambik satu kelas martial art , macam Muay Thai , Taekwando ke , karate , belajar dan masuk tournament. By that , passion kau bakal berkembang.

Passion ni kalau kau pandai uruskan , boleh buat duit. Tapi percaya atau tidak , manusia yang melakukan sesuatu kerana keghairahannya pada sesuatu itu langsung tak mengharap pujian dan wang. As long as , dia merasa puas dengan apa yang dibuat dan apa yang dia buat boleh diterima segelintir masyarakat , ye , itu sudah memadai. Bakal ada yang menolak minat kita yang kita cuba ketengahkan pada masyarakat , tapi , hey , its okay. Kau bukan mesin pemuas hati manusia.

Passion aku adalah arts . Creative writing , poetry , painting , fine art , music and all that. Aku suka baca buku yang menceritakan sebuah kejujuran walau kadang sebuah kejujuran itu penuh drama dan klise tapi aku suka. Aku rasa macam aku tengah diving in someone else’s passion. Bagi aku , cerita sejujur itu hanya mampu dibuat oleh manusia yang hatinya diletakkan dalam seluruh tulisannya. Macam music , kau rasa macam mana Daniel Johnston boleh dikenali sedang beliau seorang skizo , kerja McD je kot mula-mula. Hidup tak mewah mana pun tapi disebabkan passion , dalam setiap lyric yang beliau tulis setiap melody yang beliau mainkan ada hati . Semuanya boleh terjadi kalau kau ikhlas dengan apa yang kau buat.

‘Cuma apa yang datang dari hati sahaja yang dapat menyentuh hati juga’

Tidak semestinya , bila passion kau music , maka kau harus jadi ahli music , tahu main alat, pandai mereka lirik . Tak semestinya. Sejujurnya , even passion aku muzik, aku tak reti main alat muzik. Baca note pun merangkak. Tapi sebab passion, so aku belajar.  Kadang , passion ni Cuma di situ . Di hati , bila kau gigih cari knowledge pasal industry muzik walau hakikatnya kau student Medic , gigih belajar note muzik sendiri sebab tak cukup modal nak berguru , bila tak tahu kau cekau je sesiapa yang kau rasa mahir, even pada hakikatnya kau student Law. Senang kata , tak semestinya bila passion kau menulis dan kau harus jadi penulis , kau boleh jadi engineer yang suka menulis apa. Tak semestinya bila passion kau memancing , kau kena jadi nelayan , kau boleh jadi arkitek so kau boleh buat rumah yang ada kolam ikan tilapia (?)

Ada juga orang yang minat tanam pokok , dan dia buka nursery . Orang yang minat melukis , dan dia jadi pelukis. Ini Cuma bermakna , mereka mahu menyampaikan ilmu mereka kepada orang diluar . And so do you . Apalah guna ilmu yang kita dapat kalau setakat mahu disimpan sendiri . Percaya tak kalau aku kata ilmu ni bakal habis juga lambat laun kalau tidak diguna dan disampaikan ? Jangan kedekut. Tidak ada yang miskin dengan memberi.

Drive your passion carefully so it reach a correct destination.

Sunday, February 14, 2016

Let's have fun

Assalamualaikum

Hey.

Last weekend , I spent my evening with my girlfriends aka ex room mates masa matrik dulu. The first question pop out from one of my friend was , "Okay guys , how's life?". And I was like , 'my life was a disaster well actually 'is' a disaster' , tapi dalam hati lah . Alaa yknow girls , bila dengar those kind of answer there will be a non-stop questions.

Soooooo....

Yes, 2015 really isn't a good year for me. I've to admit it's an awful year. But, hey, look I survived ! Dan selama setahun tu , I've been scribbling the old 'books' of my life , searching and trying to figure out what made me is ME. the truth is , I don't know what I am , I don't know what I like and I don't even know myself. One point of me that I completely know is, writing is my passion and reading makes me feel better And that's it.

Aku jarang pergi travel or mengembara pergi negara orang , studying other cultures and life. So , I learn life from people around me and from my em... disasterness(?). Kawan pun tak ramai, and I suppose my books are far a lots that my friend.There's one time, a friend said to me , "Hidup kau bukan dari one of those buku yang kau baca". Well , its hurt. Sangat. And it made me realize one thing that I am sure about life.

LIFE LESSON (?):
Life is a roller coaster where you can scream your lung out and laugh at the same time and with the 'enthusiasm' thinking will the rail fall off and kill all you have and what you've got. But above all , you are enjoying it no matter how scared you told yourself that you might die in this journey.

Aku tak tipu , it hurts like hell when life gives you lemon. It hurts to know how helpless you are and how hopeless you feel . Rasa macam nak give up dengan semua benda. I remember of giving up things that I love the most. I gave up writing , I didn't read anymore , I didn't drank coffee or even likes it smells. Bila aku kata 'everything' that I love the most , aku sedar I gave up myself for a shitty reason.

Siapa kata senang nak bangun ? Dalam banyak perkara yang aku rindukan dalam hidup aku , aku paling rindu; aku. Aku tertanya-tanya , ke mana perempuan tu dah pergi ? 

Dan alhamdulillah , Allah mudahkan banyak perkara. Dia jawab setiap doa aku dan Dia bagi perkara yang aku tak pernah minta yang jauh lebih baik dari impian-impian aku. Aku mungkin tak jumpa 'aku' yang dulu. Dan aku tak nak jumpa pun , because I saw how she was in agony and pain. And that's enough of lemon I guess. I need to make some lemonade out of it.

So, I change.

I change my track, I put some grunge because it said me better than those brokenhearted songs.
I change my perception , life is really a fun thing bila kita menghargai setiap perkara.
I change my routine, starting your day with something sweet and end it with something sweeter is actually great. Because in between SWEET and SWEETER there's a lime, a spice and bitter.

Tapi bukan semua masam tak sedap , because i eat asam and it's nice. Bukan semua pedas menyakitkan , because Mexican foods are spicy and they love it. Dan bukan semua pahit benda yang kurang menyenangkan , peria pahit but I like it.

Go, keluar. Tengok dunia luar. Make some mistakes, Learn from it. Get inspired by it. Read books like a lot of books. Go contribute something to community. Do stupid things. Go goof around with strangers. Get broke. Go.

Have fun. Dunia ni terlalu luas untuk kita cuma duduk dalam kepompong hidup kita . Dan merasa selesa dengan melalui fasa kehidupan yang boring. Rutin yang sama. Orang yang sama. Hidup yang sama. Apparently. Jadilah memori yang baik kepada manusia lain. Reality isn't a bad thing actually , it just us. The way we treat life , the way we see it . That what makes reality is a cliche reality (suck). Why not we take it as a beautiful journey ? 

Hidup bukanlah rainbow and butterflies. Selepas hujan sentiasa ada pelangi. Janganlah sedih terlalu lama , nanti pelangi pun tak nak muncul di kaki langit :) Sabar. Enjoy every of it. Kalau sedih , enjoy rasa sedih , itu rezeki yang Allah bagi supaya kita bersabar. Kalau life hits you hard , itu rezeki yang Allah bagi untuk kita berdoa lebih banyak. Dan kalau kau happy , itu rezeki yang Allah bagi supaya kita bersyukur.

Kita tak kenal bahagia tanpa merasa sedih. Jangan kecewa , its already written . Hari ni kita cumalah menjalani sebuah kehidupan yang setiapnya dah tertulis dalam 'skrip' Allah. Semua yang datang dari Allah tu baik-baik belaka. 

*senyum*

And after those 'disaster' I know what made me is ME. Maybe my life isn't one of those book that I've read, but this is my life , why would I want it to be the same like book(s) that I've read ?

Let's have fun. A rainbow is waiting to be cheered .


Tuesday, February 9, 2016

Sebuah Realiti

Assalamualaikum

Hidup ni macam puzzle. Mungkin ada cebisan yang kita 'rasa' padan dengan kekosongan kita. But once , kita cuba letakkan dalam kekosongan itu baru kita tahu , itu bukan piece yang betul. Cuma disebabkan edge 'lock' yang kurang serongnya berbanding 'key' yang dimasukkan , maka kita boleh buat konklusi itu bukan piece yang betul.

Macam tu lah juga hidup. Bukan semua yang kita rasa betul itu adalah betul bagi Allah juga. Kadang walau pandai macam mana sekalipun kita menilai hidup ni , ada masa yang kita akan tersalah memilih . Sebab apa ?

Sebab kita adalah milik tuhan sepenuhnya.

Bayangkan kau ada anak , kau nak tak anak kau buat pilihan yang salah ? Mestilah kau nak anak kau pilih yang betul dan mengikut pengalaman kau yang sudah lebih lama hidup kau akan cuba yang terbaik berikan dia jalan yang terbaik. Supaya anak kau tak menyesal dan merasa susah.

Begitu juga hidup kita. Allah tak nak kita buat sesuatu yang salah , tak nak kita ni bergerak hampir kepada neraka , tak nak membiarkan kita buat sesuatu yang memudaratkan kita . Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Dia yang ciptakan kita. Of course Dia tahu every little thing tentang kita , siapa yang perlu ada dan tidak , apa yang kita perlu dan tidak.

Beban di hati manusia lain-lain beratnya. Kadang ada yang tunjuk secara obvious , kadang ada yang simpan dengan senyuman , kadang ada yang terus hilang dari semua orang. Setiap orang berbeza cara mereka menyelesaikan masalah mereka. Cuma yang pasti , setiap kita ada masalahnya. Yang tak ada masalah , haha itu lah masalah mereka sebenarnya.

Hidup ni tak lain tak bukan cumalah ujian untuk kita. Matlamat kita adalah Allah . Ada orang diuji dengan wang ringgit , tapi kerana rasa syukur dan sabar yang mereka pegang jadi Allah cukupkan segalanya. Ada orang diuji dengan masalah keluarga , tapi kerana syukur dan sabar yang mereka pegang Allah hadiahkan mereka orang yang sentiasa mendoakan kebaikan mereka . Ada yang Allah uji dengan masalah hati , masalah jodoh , masalah kawan , tapi kerana sabar dan syukur yang mereka pegang Allah hadiahkan mereka dengan cintaNya.

Ingatlah , apa yang ada di sisi Allah itu jauh lebih baik dari dunia dan isinya. Kita boleh berusaha , fix , bekerja , buatlah apa-apa pun dengan cara yang Allah redha , tapi yang tentukan Allah.

Inilah realiti hidup. Hidup ni bukan dicipta untuk sebuah keseronokkan tapi untu menguji paras iman kita. Kita mungkin lupa , sebelum terlahirnya kita ke dunia kita dah janji dengan Allah kita akan menurut perintah Dia , akan buat sehabis daya kita untuk Dia . Ya , semuanya untuk Dia. Betul lah , manusia ni pelupakan :)

Tunaikanlah janji kita dengan Allah . Kejar cinta dan redha Allah . Bersyukurlah buat yang diuji , ujian yang terang dan jelas , Allah sedang mempersiapkan kalian untuk syurgaNya. Jangan lupa , kesenangan kita ini juga adalah ujian dari Dia , bersyukurlah untuk apa yang kita ada dan redha untuk perkara yang kita tidak ada.

Hidup ni bila Allah redha , ada berkatnya , in sha Allah , tak ada yang mustahil . Percayalah. Sedangkan panas pun ada teduhnya , ini kan pula ujian yang kita lalui.

Kita dah ada contoh terbaik sepanjang zaman , Nabi Muhammad SAW . Baginda adalah kekasih Allah , tapi masih diuji bertalu-talu. Itu yang dah yakin akan kesyurga . Kita ni ? Yang belum tentu amalnya diterima ke tak , yang belum tentu tangan kiri ke kanan , yang tak tentu lagi ke syurga ke neraka , apa expectation kita yang hidup akan mudah ? Syurga tu mahal , takkan nak dapat mudah-mudahkan .

Jangan bersedih . Kau tahu kan Dia takkan pernah uji kau luar kemampuan kau. Kau tahu kan Dia akan sentiasa dengar luahan hati kau. Kau tahu kan Dia sentiasa nampak luka-luka kau yang invisible di mata kasar. Kau tahu kan Dia tak pernah putus asa nak bawa kau balik kepada Dia . Jadi kenapa kau nak berputus asa dengan Dia ?

Unutk jadi sempurna serba-serbi mungkin kita tak mampu , tapi cukuplah kita mencuba jadi yang terbaik. Allah nampak usaha kita. Hidayah tak datang dengan memetik jari tapi kena mencari . Usaha mencari . In sha Allah , Allah akan tolong. Jangan lupa Allah Maha Berkuasa.

Saturday, February 6, 2016

Random thought tak bertauliah

Assalamualaikum

Hey ,

Salam Jumaat , dah Al-Kahfi ? 

Semalam , lepas habis baca Momen Matluthfi , aku nampak ada satu jalan baru untuk ke tempat yang sama . Jujur kata , Momen Matluthfi adalah satu naskah jujur yang buat minda pembaca terbuka . Setiap chapter yang aku baca , aku akan reflect balik dekat realiti aku . 

Zaman sekarang , anak-anak muda(termasuk aku) lebih memikirkan isu jodoh dan cinta sampai kita terlupa atau buta dengan dunia yang memerlukan tenaga seperti kita. Media sosial ni ada pro dan kontra nya. Kadang-kadang aku rasa laman sosial ni dah macam tempat perkongsian isu jodoh dan cinta.

Tak salah pun actually nak berkongsi momen manis dengan pasangan kalian , yang halal tu baguslah , ni kes yang tak halal lagi yang sibuk nak juga nak act macam dah halal . Tapi bila berkongsi kita kena ingat , laman sosial bukan tempat orang yang dah berkahwin sahaja , atau tempat orang yang dah berpunya sahaja . Laman sosial tempat semua .

Budak sekarang , umur 8 tahun pun dah ada smartphone sendiri . Jadi , tak mustahil lah kiranya kalau kau nampak ada budak sekolah rendah ni sudah kemaruk bercinta dan pandai buat perkara yang bukan-bukan . Mana lagi kalau bukan laman sosial tempatnya mereka jumpa aura begini dan begitu.

'Melentur buluh biar dari rebungnya'

Kita hari ni sibuk merisaukan nasib negara yang mampir kepada kehancuran , tapi apa tindakan yang kita ambil ? Macam mana dengan benih harapan negara (belia) ? Macam mana didikannya ? Apa yang telah diajarkan ? Apa yang sudah mereka pelajari ?

'Nak berlawan kena ada ilmu , mana boleh pakai redah'

Kita ni lah (belia) yang akan menaikkan balik negara kita . Aku bangga dengan segelintir belia Malaysia yang rajin mengikuti event ilmu dari berpeleseran dipusat membeli belah tanpa hala tuju. Siapkan diri kita dengan ilmu , jadi bila kita rasa ditindas kita ada hujah kukuh untuk mengakkan kebenaran bukan setakat kebodohan yang kita akan lontarkan.


Ini sekadar pendapat . Jangan terus telan .