Wednesday, May 25, 2016

Eskapisma

Assalamualaikum

Semalam, aku betul-betul rasa down. Teruk rasa dia. Sambil uli tepung pun boleh rasa nak menangis. Sampaikan aku terpaksa pergi fun fair sebagai cubaan menghiburkan hati sendiri. Masa aku 'berhibur' dekat fun fair (yang langsung tak fun) aku terfikir satu hal. Adakah aku ni sebenarnya sedang mengambil kesempatan atas diri aku sendiri? Sejak kebalakangan ni, (lepas acah-acah putus 'cinta' yang tak 'cinta' pun), aku terlalu banyak menolak orang keluar dari hidup aku. Buat aku teringat novel Cecelia Ahern bertajuk 'The Time of My Life'.

Secara ringkasnya, novel The Time of My Life ni berkisarkan tentang seorang gadis, Lucy Silchester yang langsung tidak memberi peulang kepada 'hidup'nya untuk bernafas. Dia menyibukkan diri dengan perkara lain, selain diri dia. Menolak semua yang cuba mendekati dia. Sampailah dia sedar how fuck up life dia sebenarnya. 

Aku yakin, bukan aku seorang je pernah merasa lost. Ramai lagi, cuma, cara kita deal yang berbeza. Selama ni, bila aku down/lost teruk aku akan cuba cari inspirasi (sampai kadang tu terpaksa mengemis orang untuk inspirasi). Tapi apa lah sangat 'inspirasi' ni mampu buat kalau diri kita sendiri tak mencuba sikit pun untuk bergerak ke hadapan. Inspirasi dan kehidupan harus bergerak selari, baru kau jumpa diri kau balik.

Kehilangan ni bukannya macam perayaan. Rasa setahun sekali. Bukannya macam majlis. Rasa bila majlis berlangsung sahaja, Kehilangan, akan dirasai berkali-kali. Dan cuba kau bayangkan, kehilangan tu adalah diri kau-kehilangan diri sendiri dalam amidst of hardship. Bukan ke sakit hal macam tu. Hilang perkara sekeliling, boleh di ganti sebab kita masih ada 'kita'. Tapi kalau 'kita' yang hilang? Siapa yang nak cari, kalau bukan 'kita' juga.

Kadang, kita tak sedar betapa kita mempergunakan diri kita. Kita tak bagi kelonggaran sikit pun. Contohnya, kita cuba menjadi keras sekerasnya, walaupun kita sendiri tahu, kita berhak untuk menjadi lembut. Kuat bukan keras. Dan menjadi kuat tak semestinya perlu menjadi keras juga. Orang kuat, berhak menangis dan bangun untuk melwan perkara yang menindas mereka. Orang keras, mereka tak menangis dan mereka tidak melawan sebaliknya mereka ignore. 

Ignorance ni tak bagus. Kerana ia membuatkan kita tidak alert dengan hal-hal sekeliling kita dan akhirnya, kita hilang diri kita sendiri kerana terlalu cuba untuk mem'batu'kan hati sendiri.

Akhirnya, orang yang paling payah kita nak sayang dan jatuh cinta, adalah, diri kita sendiri. Bila kali terakhir kita treat diri kita dengan tidur yang baik, dengan makanan yang baik? Bila kali terakhir kita melakukan sesuatu sebagai tanda penghargaan pada diri kita? 

Wednesday, May 11, 2016

Jurnal Cuti 4


Assalamualaikum


Bagaimana manusia yang kau bilang kau sayang separuh mati tetapi hari ini, kau terpaksa mencari dia dalam timbunan perasaan kau dan kau tidak jumpa? Dari rumah marah ke benci ke kecewa ke sedih ke sakit ke sayang, namun, tetap kau tidak jumpa di mana-mana.

Ke mana manusia ini pergi sebenarnya dalam hati kita? Kau pernah rasa? Atau aku sahaja yang ada perasaan sebegini?

Aku terlalu mengingat perkara. Perkara yang berkait emosi. Mungkin itu caranya para wanita mampu mengungkit cerita puluhan tahun lepas. Emosi.

Aku ingat rasa bahagia merenung bintang-bintang. Aku ingat rasanya sakit dihenyak dengan perkataan kesat. Aku juga ingat rasa marah tidak dibenarkan memilih kobis panjang. Aku ingat rasa sejuk bila dilindung dengan selamat. Aku ingat rasa manis bila hati aku merasa suka.

Mungkin benar persoalan seorang sahabat, “Tapi betul ke yang putus tu-cinta?”

Iya. Bukan cinta agaknya. Sekadar perasaan manis-masam-pahit-pedas yang berlalu seperti angin singgah sebentar di gegendang telinga, menampar pipi, menenangkan minda. Ye, seketika.

Seperti aku tidak lupa tentang semua perasaan yang aku sebut di atas, aku juga tidak lupa kebodohan aku. Aku kira, itu hari paling ranap daripada ratusan hari lepas-lepas.

Benarlah. Tuhan tidak kejam pada hambanya. Pada setiap ruang kosong yang Dia izinkan untuk kosong itu Dia isikan dengan manusia-manusia baik.

Aku mengambil masa berbulan cuba untuk meghabiskan biografi Nelson Mandela. Bagi aku, itu adalah biografi paling mudah untuk aku fahami kerana bahasa Inggerisnya yang mudah bukan seperti Macbeth (kenapa kena banding dengan classic lit?) tetap, berbulan juga untuk aku habiskan. Itu Nelson Mandela yang pada usia muda, 20-an sudah dipenjara kerana menegakkan keadilan untuk bangsa kulit hitam di Amerika ketika itu.

Jadi, hari itu, entah, aku lupa hari apa, tak penting. Aku berjumpa ‘Nelson Mandela’ versi Melayu, iya, sebenarnya banyak imitasi Nelson Mandela yang bukan jadian semata yang berjuang untuk keadailan dan menjadi suara untuk orang yang di’bisu’kan. Aku ambil contoh ‘dia’, kerana aku kira ‘dia’ yang paling hampir untuk aku contohi.

Dia, ‘Nelson Mandela’ yang menegakkan keadilan dalam system pendidikan Malaysia, selain ratusan perkara lain yang kurang adil dan kurang rasional dalam politik Malaysia (aku tak tahu apa term yang sesuai sejujurnya). ‘Dia’ yang lain menjadi nadi kepada perkara keghairahan aku, namun, tak pernah berpeluang untuk meluaskan, jadi, ‘dia’ ajarkan aku bagaimana.

Terlalu banyak ‘dia’ dalam cerita aku sekarang. Manusia-manusia yang menjadi inspirasi untuk aku terus hidup dan melakukan kerja-kerja penting seperti report akhir, sajak-sajak, dan menolak manusia parasite pergi. Kalau dulu, aku terlalu sibuk memikirkan hal ‘Cinta’, padahal, reality cinta bukanlah cerita fantasi Cinderella atau Sleeping Beauty, tidak sekarang. ‘Cinta’ bagi aku terlalu luas. Susah untuk aku gambarkan Cuma dengan keberduaan.

Iya, ‘Cinta’ berdua itu juga wujud sejujurnya, tetapi, entah, mungkin aku belum menjumpainya, atau, aku tidak lihat ‘Cinta’ yang ada di depan mata?

Aku pernah takut untuk menulis apa yang ada dalam kepala dan hati aku, mengutip dari butir-butir bicara arwah Yasmin Ahmad, “write emotions its easy”, jadi, fahamlah aku mengapa karya beliau indah dan sarat dengan kemanusiaan, kasih sayang, dan kemurahan manusia terhadap manusia lain. Walaupun, karya beliau sering dikritik keras para pembikin filem, tetap, beliau tidak gentar menyuarakan apa yang dalam kepala dan hatinya. AKu ingin jadi seperti beliau yang tidak takut mengambil risiko bagi setiap apa yang dikeluar dan dituliskan. Iya, seperti Yasmin.
***
Hujung minggu lepas, aku menghabiskan waktu hujung minggu aku di Kajang-Serdang(PBAKL). Aku jarang tidak menurut ‘nafsu buku’. Walaupun, baucer buku hilang (salah alamat), tetap, gigih juga ke pesta buku. Ada beberapa buku yang aku rasa, aku sudah jatuh cinta sebelum aku membacanya. Dalam ketiadaan baucer buku, banyak jugalah buku yang aku beli. Tak cukup beli masa hari pertama, aku sambung beli hari kedua. Em.

Di Ipoh, aku jarang menaiki public transport. Ipoh Cuma ada teksi dan bas dan aku ada pengangkutan sendiri untuk ke mana-mana. Bila sampai di KL, jujurnya, aku suka dengan kemudahan awam sebegitu. KTM-LRT-Monorail-Rapid dan etc. Aku suka melihat gelagat manusia yang pelbagai. Oh, yang pasti bukan dengan bitch face yang macam selalu aku buat. Aku suka melihat manusia, sorok-sorok. Ada yang nampak murung, barangkali baru lepas ditinggal kekasih atau dibuang kerja. Ada yang enak menikmati saat berdua. Yang bersembang tentang isu semasa. Pelbagai.

Aku suka melihat pelbagainya warna kulit, bentuk muka, warna mata aku suka semua perbezaan sebegitu yang buat aku rasa, ‘benarlah, tiada apa yang sia-sia’. Selangor tidaklah jauh mana dari Perak, tetap, keluar dari kawasan kebiasaan aku buat aku belajar banyak tentang kehidupan.

Seperti, aku terjumpa senior sekolah menengah aku yang kali terakhir aku jumpa adalah sewaktu aku berumur 13 tahun. Aku akui, aku tidak lupa nama beliau, kerana beliau antara senior yang digeruni semasa kami tingkatan 1 dulu. Takdir tuhan sentiasa cantik! Dari duduk semeja sebagai stranger, dibawa ke dalam kereta (diorang baik gila nak tumpangkan kitorang ke KTM UKM) dan rupanya, beliau manusia yang pernah ada dalam kehidupan lalu aku. Its funny when stranger become family.

Perjalanan dari LRT Setiawangsa ke KL Sentral buat aku terfikir banyak perkara. Bagaimana aku boleh sampai di sini? Bagaimana kita boleh ada dalam mata seseorang untuk 30 minit tapi bekasnya kadang bertahun? Mengapa hujan bukanlah wang yang turun dari langit? Mengapa manusia yang datang dalam kehidupan kita ada ‘tamat tempohnya’? Seriously, sem depan dah tahun akhir? 
Mengapa bahagia tidak boleh sahaja dibeli dari toko-toko? Bukankah itu lebih mudah dari mendengar ‘Tips Gembira’? Mengapa ‘permulaan’ disebut ‘permulaan’? kerana aku tidak suka ‘pengakhiran’.

Dan hidup, sentiasa ada kejutannya yang tersendiri. Buat aku rasa malu dengan diri lama aku yang terlalu menghakimi ‘takdir’ sampai aku tidak melihat betapa cantiknya sebuah takdir. Ditakdirkan untuk berjumpa manusia hebat juga adalah rahmat. Dan aku terlalulah bersyukur untuk kawan yang sanggup datang dari Kedah temankan kegilaan aku untuk semua perkara ini. Entah sejak bila aku malas berfikir tentang risiko untuk jatuh sakit, atau kecewa, atau sesat, atau kalah, atau perit dan sebagainya. Aku Cuma tahu, aku kena guna setiap masa dengan baik.

Wednesday, April 27, 2016

Jurnal Cuti: 3

Assalamualaikum

“Dari mana?”

“UPSI”

“Kos?”

“Teater”

“Ni dari mana?”

“UniSZA, Biotech”

“Oh! Jauhnya Biotech pergi arts”

*sengih kerang*

“Good luck lah”

“Okay!”

Kurang sebulan, report akhir praktikal kena ada atas meja academic supervisor. Kalau tengok draft dalam folder nama ‘FINAL REPORT’ baru siap sampai ‘Introduction’. Ada macam, 5 bahagian lagi sebelum sampai kepada ‘References’. Minggu depan kena jahit herbarium untuk koleksi makmal. Padahal, details herbarium yang berkenaan pun belum cari.

Ini realiti pelajar Bioteknologi Pertanian.

Dan BAYSPlus; seluruh manusia hebat dan luar alam yang aku jumpa dalam dua hari lepas – sepatutnya Cuma mimpi yang tanpa sedar jadi realiti kepada sisi lain aku.

Seronok dapat escape dari reality culture fungus-observe-pasang perangkap RPW-mengkelas pesticide-mount insects; ini seronok. Tapi, seni – perkara yang aku jatuh cinta, itu syurga. Bukan seronok lagi.

Dalam masa 2 hari, input banyak betul macam kelas 2 tahun. Baysplusipoh memang power! Diorang sediakan kami 3 cells untuk hari pertama. Writing-Music-Fashion. I took writing as expected. Dijah tamak. Kah! She took two classes but end up in writing cell with me and Jack.

Wani Ardy; she was really inspiring. 

“Semua orang boleh menulis”

"Dan selagi tak berhenti menulis, you are writer"

She shared few tips on how to manage idea and inspiration. Perkara penting untuk menulis. Kira kalau rumah, ini jambannya.

Dijah dah jadi macam partner in crime. Came all the way from Sungai Petani to attend this workshop. I hope she get inspired as I am. Majority who came to Baysplus were from art background. Contoh: designing, multimedia, teater and fashion. Dan terselit beberapa manusia yang luar dari title, ‘ART’ student.

It feels funny, seorang Paen yang tak ada cita-cita datang berkumpul dengan manusia yang cantik dengan cita-cita mereka macam bintang. Dan aku; habuk. Bila orang tanya, “tell me your name and your ambition”, yang lain, “Saya nak jadi multi-talented”, “saya nak jadi business woman”, “saya nak jadi cikgu teater”, sampai part aku, “My name is Farahin Syazwani and I’m still exploring what I want to do”.

Untuk 2 hari, kami di hadapkan dengan pelbagai slots. Hari pertama dah dengar success story dari young art entrepreneur, rasa macam, ‘Wow! Is this a real human?!’ Aku share satu. Eizaz Azhar, pemilik Guitar Empire.

Eizaz left school at the age of 14. His passion memang music. Itu sahaja yang beliau ada. By the age of 19, he rented his first jamming studio for RM20/hour. Beliau Cuma ada RM4000 sahaja masa beliau mula nak sewa jamming studio. So, untuk cut off budget, beliau kutip barang lama dari junkyard yang masih boleh dipakai. Beliau baik pulih dan cat balik barang-barang tersebut. Untuk jadikan bilik sewa kedap bunyi, he bought egg trays from pasar. Dia kata, “studio ni, sekali pukul dram, keluar sekor lipas”, this was how he portray how ‘daif’ nya studio pertama dia and I found it really funny. He said, he didn’t get any support but he had friends who volunteer to help him in realizing his dreams.

Bila dah berjaya buka jamming studio, beliau mula sells gitar. Tak banyak pun. But, still, ada orang beli. Dia juga akan recommend to people who wanted to buy music instrument sekali dengan membelikan barang tersebut. That’s how he first started to become an entrepreneur. And one day, there was this school yang order 700 violins. Jadi, beliau fikir mana nak dapat that huge amount of violin within budget yang sekolah tersebut tetatpkan. Dia dapat tahu, China boleh bekalkan that amount of violin dengan harga yang berpatutatn. So, he flew to China untuk lihat sendiri betul ke kilang bikin violin tu ada pekerja, betul ke pekerja tu buat violin tu dan sebagainya.

Perlahan-lahan, beliau mula buka satu kedai alat music dan sekarang, beliau owned one of the biggest musical instrument store in Malaysia name, Guitar Empire. Along the road of success, terlalu banyak perkara yang orang lain tak nampak. Kita Cuma memandang berjayanya beliau, tapi belakang perkataan ‘berjaya’ ada perkataan ‘bersusah payah’. He starts from bottom dan kemudian making network with great people. He didn’t have his PMR or SPM, neither diploma nor degree. But passion, effort and determination drive him to become a success person.

Cerita ini bukan bermaksud, “hey! Pergi berhenti sekolah live your dreams”. Hidup kena relevant. Beliau berjaya bukan sekadar dengan ‘passion’ tapi disertakan juga dengan hard work, effort dan determination. Ini testimony yang mengatakan, education certificate bukanlah kayu ukur kejayaan seseorang. Tak semestinya perlu belajar gila babi tinggi untuk dikelas berjaya. Kalau belajar tinggi pun kalau end up mengangkang di rumah habiskan beras, tak guna juga.

Banyak sebenarnya success story yang aku dapat hari pertama datang Baysplus. Contoh lain, Tapai. Owner Playground Production. Producer ‘Terbaik Dari Langit”. Saja nak bagi tahu, he started the production at the age of 32 and before that beliau bekerja makan gaji. Inilah yang orang kata, ‘nak seribu daya, tak nak seribu dalih’. Tak ada istilah, “I’m too old to chase my dreams”, bullshit semua itu. You can do it! Pokoknya, nak dengan tak nak.

There was this old woman, I think she was at her late 70s. Beliau sangat minat music but living in a family yang strict tak mampu beri dia peluang untuk living her dreams such as belajar music dan so on. But, she has strong will and she started doing things she like lepas pencen. How was that? Umur bukan penghalang. Ini ilmu. Bebas waktu bila pun nak kutip.

Contoh lain, Meor Shahiran. Founder of Bodysurf. Its passion that drove him and his brother creating Muck. And amazingly, this man has changed Ipoh scene. Ipoh terkenal dengan gig, pop culture scene and rock and roll all credited to this man. Muck has released few compilation albums dan dijangkakan akan release album baru tak lama lagi. Semuanya kerana passion dan effort. Ini adalah jenis-jenis manusia yang tak bertangguh bila nak lakukan perkara hebat. Manusia yang, “Okay! Lets hit the town!” Manusia yang tak give up.

Baysplus bawakan khas dari Bandung Creative, Fiki Satari dan Dr. Tita Larasati. They flew all the way from Bandung to talk about entrepreneur and how they change Bandung into creative city. Ipoh ada ‘Ipoh Kreatif’ dan aku rasa bangga untuk manusia-manusia seperti Jayzuan dan Projek Rabak yang mengambil inisiatif untuk event ‘Ipoh Kreatif’.

Ini baru hari pertama tau. Dan opening performance pun power. I always love Fazleena & The Lasykar. Mereka adalah poetry band dan aku suggest betul kau dengar performance diorang. Power! Tak tipu. Aku ulang Kota Kenangan banyak kali dalam sehari because it works like ‘inspiration bank’ to me.

Hari kedua, aku double amaze. Opening performance pun dah power kuasa da, memang permulaan hari yang baik aku boleh kata. Acara dibuka dengan alunan seruling dan kemudian bacaan sajak dari Jack Malik. Jack Malik ni bagi aku memang sejenis kehebatan yang turun sekali sekali dari langit. Kalau Fazleena & The Lasykar aku ulang Kota Kenangan, pada Jack Malik aku paling suka Sajak-jak-jak, interpretasi dari sajak Abdul Ghafar Ibrahim (Agi). Cubalah dengar sekali, sama-sama kita amaze dengan student kulinari yang boleh lontar sajak sebaik ini.

Kemudian, kami disajikan dengan inspiring story dari Mamat Khalid; antara pengarah yang ada dalam favourite list. Cerita pertama yang beliau bikin adalah Man Laksa dan sekarang beliau mempunyai sebuah kafe, Sarang Art Hub yang terletak di Tanjung Malim. Beliau berkongsi dengan kami minat beliau pada dunia perfileman. Dari kecil beliau memang indulged dengan filem. Wayang dah macam rumah kedua. Dan setiap filem yang beliau tengok, beliau akan absorb macam span; kata beliau. Dan bila beliau dewasa dan sudah berkahwin, passion kekal passion. Nothing change, but beliau masih eager untuk jadi seorang manusia yang kreatif.

Beliau bekerja di DBI dan in order untuk jadi kreatif dan lain dari yang lain, beliau (protes) punch card pada pukul 4.24pm; waktu tamat bekerja adalah 4.15pm. Kemudian, beliau mula rasa Ipoh tak boleh menerima kewujudan beliau. Beliau ber’lari’ ke Frankfurt setelah mendapat persetujuan dari isteri beliau. Di Frankfurt, beliau explore pelbagai filem yang tak masuk Malaysia. Dan beliau makin tertarik dengan dunia perfileman. Suatu hari, beliau men’campakkan’ diri beliau sebagai pengarah untuk pertama kali. He succeed. Dan kerjaya beliau sebagai pengarah terus berkembang.

Mamat Khalid menceritakan perihal kehidupan beliau di Frankfurt selain jalan mencari sebuah kehidupan baru ia juga sebuah perjalanan untuk lebih mencintai tanah air sendiri.

“baru tahu apa rasa bangla, Indon yang datang Malaysia”

“Masuk kedai dekat stesen minyak sebab dalam tu ada heater, belum apa-apa dah kena halau”

“masa tu dalam hati kata, ‘ini kalau datang Sungai Rokam ni ee rasa nak cubit-cubit je’”

Antara filem beliau yang power adalah Puteri Gunung Ledang. Kata beliau lagi, Puteri Gunung Ledang di buat untuk isterinya.

“Isteri abang tak romantic. Jadi, perkataan yang puitis dalam Puteri Gunung Ledang adalah perkataan yang sepatutnya abang bagi dekat dia, tapi abang tau dia takkan faham”

Dan acara diteruskan dengan ‘Meet the Mentor’, huddle session. Dapat sembang that close dengan orang bikin filem, owner Jibril’’s Lounge, art gallery manager, pembikin music, ini semua bagi aku satu kebahagiaan. Lepas tu dapat pula dengar different thoughts dari participants lain, peh! Rasa kecil je duduk dalam kelompok diorang. Kemudian acara diteruskan dengan pembentangan business model canvas. Pasal hari sebelum tu aku tak stay sampai habis, jadi aku terpaksa disumbat ke mana-mana group yang tak ramai orang.

It was fun though! Walaupun perasaan, ‘Ya Allah! Hebatnya budak-budak ni!” betul tengah conquer seluruh badan, but, still, its fun to meet new friends yang share same passion towards art.

This event was more than what I expected. Selain dapat kawan baru, I get free tips dari Jack and his friend, Afiq( he directed a short film entitle, ‘Those Reasons’) on script writing. Hanging out with them, sangat buat aku rasa macam hama. They’re too good for everything. Bila Jack sembang pasal his favourite poet, aku dumbfounded dalam hati. Rasa dia, “where the hell did you get this awesome knowledge dude!” sampai aku speechless. And when Afiq told some good screenplay which I should spend time watching ‘em, it makes me feel, “alamak! Kosongnya aku ni”. Sebab filem yang dia suggest memang power itu pun lepas aku tengok.

Aku tak tahulah these two creatures datang dari planet mana. Knowledgeable nak mampus! They were born to make arts I think.

Acara diakhiri dengan persembahan dari Wira (The Balok People). Beliau ni definisi legend reggae sebaris Bob Marley. We were having fun, dancing, goofing around to music he sung. And the guitar pluck was just too sweet to live in my memory.

Baysplus ini adalah kolaborasi MyPAA bersama Projek Rabak, Cradle, MaGIC, MyCreative, mavcap, Tourism Perak, Ipoh Echo, FINAS, Bursa Malaysia dan The Bursa Bull Charge.

Konklusi dua hari di acara Baysplus adalah satu magic yang tak akan dijumpai dalam hari yang lain selain meraikan perbezaan dalam seni. Terima kasih manusia hebat! Semoga panjang umur dan terus gah dalam usaha bikin seni.

Sekian.


(forgive me for ‘rojak’ and the absent of picture)

Thursday, April 14, 2016

Tips Happy (Entry lame)

Assalamualaikum

Apa khabar orang patah hati sekalian? Sudah cuba terjun bangunan? Atau makan Panadol sampai overdose? Mungkin kelar pergelangan tangan? Jangan risau, saya di sini ada penyesalan bersama tips-tips berguna untuk kalian. Walaupun tajuk entri agak lame dan camtaik. Tenang semua, inshaAllah berguna.

Pertama, set mental kalian yang aku ini bukanlah manusia yang lahir memang sentiasa gembira dan ada singgahsana atas pelangi sampaikan aku boleh bagi ‘Tips Happy’.

Kedua, seluruh tulisan ini adalah hasil pengalaman sendiri dan eksperimental semasa dalam perjalanan menjadi manusia gembira.

Ketiga, aku rasa kau power pasal kau baca entri paling lame dalam dunia.

Okay.

Siapa sahaja yang tak mahu jadi gembira kan. Dengan realiti hidup hari ini yang hampir kurang baik dari tidaknya. Lagi-lagi dikalangan pelajar dan suicidal thought bukan masalah asing lagi. Tapi masyarakat kita hari ini lebih seronok menghukum manusia-manusia dengan suicidal thought seolah mereka ini anjing kurap yang tak layak diberi perhatian akibat dari masalah yang mereka hadapi.

Masyarakat menganggap suicidal thought dan suicide attempt ini adalah perbuatan orang pendek akal dan bodoh. Mak cik dan pak cik, tuan dan puan, kakak dan abang, adik-adik sekalian, tidak semestinya perkara yang kita nampak biasa pada mata kita itu tak ada rosaknya. Kajian jelas menunujukkan, mereka yang mengalami masalah mental ini (depressi, ADHD, bipolar disorder) menghasilkan hasil CT scan yang berbeza dari otak manusia normal. Jadi, tidak semestinya apa yang kita nampak dia yang okay dan tidak apa-apa itu otaknya tidak terjejas.

Aku dekat sini bukan mahu kata pada mereka yang hatinya rabak dan terkoyak ini, “c’mon get a grip!”, “take it easy man”, “janganlah fikirkan sangat”, “benda kecik je kot”. Kalau kau antara manusia yang pernah bilang pada rakan atau keluarga kau yang sedang patah hati, menangis tersedu-sedan semua ini, selamat berjaya dengan hidup kau! Kerana masalah mental ini real deal dan perkataan yang tepat untuk mereka yang sedang bersedih bukan perkataan tapi perbuatan. Tunjukkan affection, buatkan secawan Milo panas, atau tebarkan selimut di halaman rumah sambil pandang bintang. Mungkin tidak menyiapkan masalah kepada jawapan, sekurangnya itu lebih menyenangkan dari, “c’mon get a grip!”. Kau ingat dia apa? Robot yang ada kawalan jauh?

Untuk kau yang sedang bersedih, ini ada hadiah untuk kau. Semoga kau baik-baik dan senyum lagi ye.

TIPS HAPPY

  • Hiatus

Hiatus ini bahasa mudahnya, ‘take a break’. Bila terlalu sedih, depress dan gila babi stress makan Kitkat sudah tidak membantu sebgai ejen ‘take a break’ lagi. Jadi, apa yang kau perlu buat, kau kena mula cari ruang untuk bernafas dengan hiatus. Nak hiatus tak perlu sampai ke hujung dunia, merantau sampai ke negara seberang. Kalau budget dalam poket mampu untuk yang dekat, jadi pergilah yang dekat. Asalkan keluar dari kawasan yang kau diami sekarang dan berjalan cari kawasan baru, kenal orang baru, terinspirasi dengan stranger tepi jalan, eat good foods dan paling penting; bernafas.
  •  Deactivate


Okay cara ini mungkin tidak sesuai diaplikasi kepada semua. Semasa kau berhiatus lebih baik kiranya kalau kau jauhkan diri kau dari telefon yang selama ini seperti nyawa kepada kau. Deactivate laman social yang kau rasa kau tak perlu atau bakal menyakitkan kau dengan kenangan dan aktiviti tak berfaedah seperti stalking. Tinggalkan aplikasi yang paling perlu. Janganlah kau deactivate semua sampai jadi kera sumbang pula. Kau nak baiki hati jangan sampai merosakkan hati yang lain.

  •        Raikan passion

Kalau selama ini kau jarang punya masa untuk passion kau, inilah masanya kau usahakan sungguh passion itu sehingga ia menjadi rama-rama yang cantik. Kalau kau ini minat menulis, elok kau gunakan ‘patah hati’ kau ini sebagai alat untuk menulis. Yasmin Ahmad pesan, “write emotions, its easier”. Kalau kau ini minat bola, gunalah ‘patah hati’ kau ini untuk kau lempiaskan dengan sepakan padu ke gawang gol. Mana tahu nanti lama-lama kau setanding Ronaldo. ‘Patah hati’ ini sebenarnya membuka ruang kepada kau meraikan perkara yang kau jarang ada masa untuknya tapi kau cinta. Sekaranglah masanya!

  •        New thing!

Aku percaya dengan ruang yang kau ada sekarang ini sesuai sangat untuk kau belajar perkara baru. Contohnya, main music. Main musik, selain bakat kau kena ada konsistensi dalam praktis. Jadi lebihan masa yang kau ada itu mungkin kau boleh guna untuk perkara baru yang boleh kau guna untuk tulis dalam resume untuk dihantar ke bakal mentua kelak. Dengan belajar benda baru ini juga, kau bakal perlahan-lahan melupakan masalah kau yang menimbun serta sakit hati kau yang tidak baik lagi.

  •        Positive vibes

Ini penting untuk kau. Ion positif ini kau boleh dapatkan dari kawan-kawan kau yang baik. Kawan yang tidak bilang pada kau, “get a grip!” dan terus pergi tinggal kau terkapai. Boleh juga dapatkan di Twitter (haha) dengan syarat kau sudah siap-siap unfollow Twitter manusia yang asek sebutkan perkara yang buat kau sakit, atau tulisan sendu yang asek nak buat kau nangis bawah meja. Dekat Facebook, kau boleh boleh baca cerita politik dari menteri-menteri bodoh yang bakal buat kau tak kering gusi. Ini depends kepada laman social mana yang kau masih ada. Kalau Whatsapp sahaja yang kau ada, dapatkan positif ion di kedai-kedai buku berdekatan. Dekat masjid paling banyak. Percayalah.

  •        Berhenti membanding

Ah! Sayang. Kau sedang membanding kayu dengan kayu. Apa lebihnya. Setiap orang ada kualiti dan kelebihan masing-masing. Jadi berhenti membanding. Kerana kau ada kuat dan bagus tersendiri. Kau istimewa. Tak ada sesiapa boleh jadi kau. Senyumlah. Kau kayu cenggal. Dia kayu jati. Bezanya Cuma jenis. Tapi nanti sama-sama dijadikan bangku.

  •        Sebarkan kasih sayang

Kau tahu, hadiah paling cantik dan mahal adalah kasih sayang. Kau akan bahagia dengan lebih banyak memberi dari mengharapkan balasan. Bukan semua dapat komited dengan memberi hadiah kasih sayang ini. Dan bila sembang soal kasih sayang, jangan sempitkan kepala kau dengan keberduaan. Bagi makan pada kucing jalanan juga kasih sayang sebenarnya. Cubalah!


  •        Expect less

Jangan mengharap terlalu tinggi pada perkara yang tidak pasti. Patutnya harapan itu Cuma pada yang Dia yang tak mati. Bila kau mengagih kasih jangan berharap dia akan membalas juga dengan kasih sayang tapi kau kena percaya yang Dia akan balas sepenuhnya dengan kasih sayang juga. Bila kau kurang menjangka dalam hidup, kau akan terkejut dengan kejutan dari tuhan. Live in the moment. Because future isn’t yet to be revealed and past is past.

  •        Syukur

Semua perkara ada sisi baik. Apa yang kau terima itu hadiah. Mungkin tak adil untuk aku kata, “ada manusia yang jauh lebih derita”. Tapi tak adil juga untuk kau terus menghukum diri dengan berasa sedih dan tidak selesa berada dalam fizikal sendiri, walhal, di negara lain, yang perang tak pernah sudah, yang makanan bukan lagi keperluan apatah lagi kehendak tetapi ‘kalau ada’, yang rumahnya tidak berbumbung asbestos atau zinc sedangkan untuk berbumbung nipah pun punyalah susah dan mereka masih gembira dan teruskan hidup. Kau layak gembira. Lebih dari layak. Kau tahu apa hebatnya syukur ini? Kau rasa cukup. Janji tuhan, “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), sungguh azabku sangat pedih”- Surah Ibrahim:7

Setiap kita, ujiannya berbeza. Beratnya juga lain. Tapi bukanlah hak kita untuk tegas mengatakan, “ujian aku lagi berat dari kau!”, kita diuji sesuai dengan kemampuan kita. Satu lagi, yang aku selalu buat untuk rasa gembira, aku make fun dengan masalah aku. Aku make joke about it, trolling sampai satu point aku sendiri tak tahu sebenarnya ini masalah atau keseronokkan. Masalah inilah yang akan mematangkan kita. Kerana aku percaya, kita ini harus ditolak dari cerun bukit baru kita sedar yang sebenarnya kita ada sayap. Dan selagi kita duduk di tebing cerun, menangis kerana takut gayat dan selagi itulah kita adalah penjara kepada diri sendiri.

Apa guna dunia ini tuhan ciptakan untuk kita kalau tidak untuk menghiburkan dan mengajarkan kita. Berjalanlah. Explore. Kau layak bahagia, sayang.

Semoga bermanfaat.



Monday, April 11, 2016

Jurnal Cuti: 2

Assalamualaikum

Lama betul rasanya tak menulis blog. Banyak benda nak tulis, cumanya, tak tahu ayat mula nak letak apa. Aku memang bangang bahagian memulakan dan  menghabiskan ayat. Jurnal ni seharusnya aku tulis perihal event yang aku telah pergi. Jadi aku mula dengan IpohCalling.

Talk dari Adeeb The Sick Siderr 
IpohCalling tahun ni dianjurkan oleh Ooi & Comrades dan diadakan di Ooi & Comrades Mansion di jalan Lapangan Terbang, Gopeng. Aku pergi dua set (petang sekejap , aku datang sekali lagi pukul 10). Jadi macam biasa, aku pergi sorang. Segan tak segan, aku bedal je. Masuk dengan angkuh buat muka tak berperasaan, terus diri di kawasan yang betul-betul menghadap balkoni. Waktu itu, Adeeb dari The Sick Siders yang tengah bagi talk. Kalau korang nak tahu, The Sick Siders ni dah jelajah Europe ride naik basikal; Malaysia-Europe. The Sick Siders juga ada menjual apparel, bicycle part dan design. Aku tertarik dengan falsafah yang Adeeb lontarkan, bila ada seorang pengunjung IpohCalling hari itu bertanya pada beliau , “sampai bila nak ride?”, jadi beliau jawab , “kenapa kau rasa semalam kau hidup, dan hari ni kau masih hidup?”. Yang Adeeb cuba sampaikan adalah, beliau takkan berhenti mengayuh.

Adeeb ada juga menlontarkan, “lakukan apa sahaja yang baik-baik, kalau niatnya kerana Allah. Boleh jadi ibadah”. Yelah, kalau nak cari tuhan, nak cari kehidupan, nak cari inspirasi, dari rumah pun kau boleh buat semua itu. Jadi kenapa perlu kita teroka sampai ke negara orang, berkayuh lagi tu. Alasannya Cuma satu, Allah.

Aku sampai dengar talk Adeeb ni pun dah separuh jalan, pasal sampai lambat. Tapi yang separuh itu pun dah  cukup berguna. Event seni dan sosial gini peminatnya tak besar. Jadi bila pergi tu muka sama juga jumpa; aku terjumpa Jack Malik. Dan, itu sahaj orang yang aku pandang , “eh aku kenal dia ni!”. Makanya, aku tak rasa seperti kera sumbang sangat. Okay.

Malam itu pula, ada performance Wani Ardy. Aku suka puisi-puisi Wani Ardy. Sebab aku rasa dia faham aku, walaupun sebenarnya perasaan yang aku rasa tu , pengalaman yang aku lalu tu dilalui dan dirasai oleh berjuta orang lagi. Puisi Wani Ardy aku rasakan paling rapat dengan aku. Dan aku suka muzik beliau. Performance start pukul 10 lebih gitu. Gopeng-Bercham tak dekat. Berhambat balik dengan ayah jugalah. Haha. Dalam setengah jam ada dalam sepuluh kali call, chat suruh balik tak payah kata. Tapi, haha, aku dengan Memen okay je kena marah pasal gian dah lepas. So I lose nothing kan ? Haha

Performance Wani Ardy & The Guitar Polygamy

Sebelum aku terlupa. Aku patut masuk jurnal log aku rasa perkara ni; aku berjaya pergi teater pertama. Teater Rumah Kayu dan Taj Mahal. Arahan pelajar Politeknik Ungku Omar untuk projek tahun akhir mereka. Not bad lah untuk seketul Paen yang pertama kali pergi teater. Oh. Ini pun aku pergi sorang.
Band performance di antara dua teater

Minggu seterusnya, Wiken Bangi. Event kolaborasi Thukul Cetak dengan Cartel Coffee Shop. Pasal event sebelum itu, Kota Kata tak dapat pergi jadi event di Bangi aku tekad nak pergi. Aku angkut Dijah dan kami buat kerja gila. Masa buat tak rasa gila. Dah nak balik baru sedar, “gila betul benda ni”. Aku gerak dari Ipoh 8.30 pagi Sabtu. Bas sepatutnya 7.30 pagi tapi disebabkan terlalu banyak perkara, aku ditinggalkan bas 2 minit lepas waktu asalnya. Cis! Tren pula sudah kehabisan tiket. Hari itu aku rasa, waktu betul-betul bergaduh dengan aku. Aku patut ada di sana awal untuk jaga booth The Wakaf Buku, end up aku samapi pukul 1 di tamabh waktu untuk makan, jadi aku mula pada pukul 2 petang. Kah!

Dijah bertolak malam Jumaat dari Sungai Petani. Aku betul rasa bersalah pada orang yang aku sudah buat mereka tertunggu, Dijah, Ecah, Zamir. Serius. Bersalah. Gila. Babi. Tak tipu.

Pyan Habib dan sajak 'Seluar Dalam'
Aku hidang mata aku dengan bacaan puisi dari Pyan Habib. Aku memang teringin betul nak dengar Pyan Habib baca puisi, kira hari itu untuk ini checked lah. Santai. Kool. Puisi beliau buat aku rasa ringan, rasa macam nak terbang. Kemudian, bacaan puisi dari Jack Malik. Bacaan puisi dari Jack Malik selalu buat aku rasa nak menari, sebab gaya beliau berpuisi macam menari. Salute betul! Hanuman bacaan beliau pun padu. Aku rasa macam balik Terengganu, duduk tepi laut sambil tengok nelayan. Dan kemudian Emoqwin. Ini pun bukan calang-calang. Meremang bulu roma masa beliau lantutkan suara untuk “de-mo-kra-si” dengan background muzik dari imaschine(tak silap aku). Sempurna!
Jack Malik dengan sajak 'Parti Puisi'

Selalunya, aku tengok Fazleena Hishamuddin bersuka ria dengan The Lasykar dalam Youtube. Aku paling suka Kota Kenangan, tapi hari itu beliau baca Rumah Kita untuk penuhkan slot sementara tunggu performer seterusnya. Banyak lagi performance sebenarnya. Pasal terlalu indulge dengan performance, aku lupa aku ada 3 keping gambar sahja sekitar hari kejadian. Boleh tak aku tampal memori ?

Masa nak balik dari Seksyen 15 Bangi ke KTM UKM , teksi yang ambil kami awal tu tak boleh datang dan ambil kami untuk balik. Nasib aku baik, rumah Pak Andak area situ, cuba call Pak Andak nak minta tolong pick-up kami di sana. Unfortunately, Pak Andak tak angkat. Ha ha ha. Cuak juga. Jadi kami berjalan ke Bangi Gateway yang terletak berhampiran Cartel Coffee Shop. Hari itu kami terfikir, ini rupanya rasa backpackers yang berjalan dari satu tempat ke satu tempat andai kata tiada pengangkutan yang ada ketika itu. Kami (Aku dan Dijah) cuba keep it cool, sambil aku cuba minta nombor telefon teksi atau kereta sapu dari Ecah. Dia duduk Kajang jadi mungkin boleh dipertimbangkan kalau pak cik teksi nak commute dari Kajang ke Bangi kan ?

Alhamdulillah, kami dapat pengangkutan; kereta sapu. Kami  terus gerak ke KTM Kajang. Beli tiket dan tunggu tren mengutip kami.

Aku bilang pada Dijah , “Weh, jujur, aku seronok gila lepas break up ni”, sambil senyum pandang railway. Dijah senyum sinis , “eleh dulu sampai berpisau”, aku gelak dan aku kata, “kau takkan faham perasaan tu”. “Ye betul. Aku tak pernah lalu lagi”. Kami bertolak balik ke negeri masing-maisng malam itu juga. Sehari di Bangi banyak betul perkara yang menginspirasi. Rupanya ini yang tuhan mahu aku lakukan. Rupanya manusia yang Dia ambil untuk cipta sebuah kekosongan itu untuk ini. Untuk sebuah kehidupan.

Sepanjang perjalan pergi dan pulang, aku berjumpa dengan dua orang pak cik teksi. Yang pertama, pak cik teksi dari Kelantan. Beliau bekas pekerja Karangkraf, tapi disebabkan ekonomi Malaysia merudum , beliau ‘dipilih’ untuk menamatkan perkhidmatan. “Orang tak mboh bakpe lagi tunggu”. Pak cik kedua yang menghantar kami ke KTM Kajang adalah seorang Muallaf. Aku salute dengan beliau. Beliau sangat considerate. Beliau tahu, teksi agak mahal untuk student bergerak jadi malam itu selepas menghantar kami ,”risau pulak budak-budak ni nanti takde orang ambik”, sedangkan beliau tahu banyak lagi teksi yang ada. Aku nampak jujurnya, bukan duit, tapi niat mahu menolong.
Makin aku besar, aku sedar, yang hidup adalah sebuah kelangsungan. Sebuah pengorbanan. Sebuah cinta yang lebih dari kebersamaan. Perjuangan mencari diri sendiri.

Dulu, masa aku masih ada pacar, lelaki itu terlalu sering doubt dengan kebolehan aku bila aku bilang aku nak backpack ke Indonesia, aku nak hitchhike, aku nak cari adventure. Dia  akan buat aku berfikir kembali tentang kebolehan, buat aku rasa tak mampu, buat aku rasa aku perlu bergantung pada dia. Aku akan mula doubt dengan diri sendiri balik dan akhirnya aku tak ke mana.

Sekarang, hidup aku lebih bebas. Dan barulah aku nampak kehidupan itu seperti apa. Aku ingat lagi kata-kata seseorang, aku tak ingat siapa, dia bilang, “hidup kita perlukan seni”. Aku dah jumpa kehidupan aku. Aku nampak kesusahan manusia yang selama ini aku selalu terlepas pandang.

Bagi aku, ini cuti aku yang paling aku rasa penuh dengan kebaikan. I feel blessed dikelilingi manusia yang baik-baik, manusia yang memberi inspirasi, rasa blessed bila tuhan buka mata untuk aku lihat hikmah disebalik kepayahan dulu. Sekarang, semuanya depan mata. Apa lagi yang aku nak ?

Power betul perasaan bila kita live in the moment, tanpa fikir, “nanti itu…”, “nanti ini …”, kita jadi kurang takut dengan kehidupan sebaliknya terlalu bersyukur untuk pinjaman tuhan yang indah-indah ini.

“Ijazah terbaik adalah di jalanan”- Malique


Hipotesis diterima.

Tuesday, March 22, 2016

Jurnal Cuti : 1

Assalamualaikum
Hai.



Currently, aku ada di Ipoh hampir 9 bulan , plus minus. Pertama , untuk internship. Kedua, cuti semester 3 bulan sebelum ke tahun akhir. Jadilah keseluruhan keberadaan di Ipoh 9 bulan , plus minus. Hujung minggu yang lepas , aku ke screening ‘Lelaki Harapan Dunia’ , cerita tulisan Liew Seng Tat. Selain movie screening, kami disajikan dengan kupasan awal muncul filem dari zaman filem ‘Semerah Padi’ hingga ke filem-filem 21 century. Hujung minggu pada minggu kedua , aku ke Khizanat untuk RabakSlang dengan Dijah. Dekat sana , kami dikenyangkan dengan sembang santai brader Nazir tentang ‘Seni dan Budaya di Melbourne’.

Aku ada satu group yang diberi nama , ‘Group Pencinta Puisi’- duh! Klise betul nama ni kan. Haha. Di situ , aku jumpa tribe aku. Manusia-manusia yang jatuh cinta dengan seni dan tulisan. Aku ada member yang ambil jurusan seni halus, yang ambil law tapi kaki jamming dan power dengan music instrument dan semestinya seni, yang doktor tapi ada keluarkan sebuah buku puisi, yang biasa-biasa tapi puisinya luar biasa. Entah ramai. Dan mereka semua; yang di Yasmin Ahamd at Kong Heng , Khizanat , group bernama klise, mereka ajarkan aku melihat hidup dari kaca mata berbeza. Seronok. Tak tipu.

Jujur, screening filem di Yasmin at Kong Heng adalah suapan seni aku yang pertama. Selama ni, aku Cuma manusia yang suka seni sorang-sorang , yang aku tak tahu dengan siapa aku perlu bincangkan perihal tulisan pemuisi itu dan ini , karya director itu dan ini, music artis itu dan ini. Aku sorang, mereput dalam bilik di kampus bersama buku puisi.

Balik ke kampus , aku tak tahu kemana aku boleh cari aktiviti seni . Ada hikmah rupanya, aku putus cinta dan patah hati , pulang ke Ipoh dan berjumpa manusia-manusia hebat. Di screening itu hari , aku pergi seorang. Aku tak biasa lagi dengan scene art yang begitu maklumlah, itu yang pertama. Sumpah, aku rasa macam alien. Gelak terbahak sorang bila sampai bahagian cerita yang lawak. Tapi, situlah, aku terinspirasi untuk sebuah kehidupan. Aku duduk dikelilingi makhluk yang jatuh cinta dengan seni dan isinya. Jujur atau tidak, itu bukan hak aku mahu menilai mereka. Yang aku tahu , aku seronok dapat ilmu perfileman dari Hassan Muthalib dapat pengalaman merantau dan pindah rumah dari Seng Tat.

Dan bila aku ke event seni seterusnya, yang sama santai, aku sudah mula boleh cope. Mungkin belum sampai tahap, aku boleh bertegur , “hai”, tapi bolehlah bersembang kalau ditegur dan bersembang kencang macam space tu aku punya sorang. Aku seronok, tho aku tak pernah ke Melbourne , tapi brader Nazir bawa Melbourne ke ruang Khizanat, aku tak pernah deklamasi puisi dikhalayak (tak berani lagi jujurnya), tapi dengarkan Jack Malik, sijasad dan brader Nizar deklamasikan satu dari kepunyaan mereka dan kesukaan mereka , aku belajar; itulah caranya mengekspresi tulisan hati secara verbal.

Aku bukan anak yang dibesarkan dalam keluarga seni. Yang aku tahu kau faham , prejudis mereka kepada seni itu seperti apa. Aku bukan anak , yang senang diberi pelepasan terbang, tapi aku bersyukur aku dijaga dan disayang , jadi kerana tuhan itu Maha Tahu, Dia bawakan seni; passion aku , ke ruang yang aku diizin terbang kepada .

Itu hari , aku cuba buat abstact pakai melted wax crayon. Tak jadi weh ! Tak jadi macam apa yang aku nak. Adik aku gelak , “ni Hakim pun boleh buat”. K. Aku post ke group yang bernama klise , bang Yat kata , “daebak Scarlet!”. Inilah guna manusia yang jatuh cinta dengan seni , mereka faham. Walaupun hasilnya sloppy. Tapi, mereka faham usahanya banyak. Dan aku percaya, asal seorang pelukis, penyair , pemuisi, penulis, dan seniman seniwati yang hebat adalah dari menjadi sloppy dan dikecam terus-terusan.

Aku student science , aku main logic dan fakta. Tapi , aku sedar , kebanyakan waktu , aku memang tak masuk akal dan hidup aku selalunya terkeluar dari landasan fakta. Aku tak tahu nak express macam mana. Jadi, aku tulis setiap satu.Aku bukan orang verbal. Aku masih suka Sains, sebab ini makanan aku dari kecil. Bapak aku Engineer , kau tahu tak seksa nak bawak balik report kad kalau Math dengan Sains dapat bawah dari B!

Aku nak bagi tahu, jangan sempitkan fikirang kau dengan kata seni Cuma untuk orang yang talented dan pandai melukis, Aku tangan kayu, melukis time kelas Botani dulu pun asek lekap orang punya je, tapi rezeki seni aku jatuh pada ; Alhamdulillah aku pandai karang puisi walaupun tak sehebat otai-otai, atau yang sudah Berjaya keluar buku tapi cukuplah kalau ada orang ketuk pintu peti masuk aku dan kata ,”terima kasih , tulisan awak inspired saya”. Itu pun aku dah bersyukur sungguh.

Bagi aku, seni adalah portal untuk aku mencari tuhan.

“Kita semua mencari, tapi cara kita mencari yang berbeza”- Yasmin Ahamd

“Jangan beralasan nak buat seni. Kalau kau betul suka seni , kau akan buat masa untuk dia”- Jayzuan.

Seni adalah perkara paling dekat dengan jiwa aku untuk aku terus berjalan dan mencari. Kau semua  ada cara sendiri. Gunalah , sebab kita ni wanderer atas bumi tuhan. Pencarian takkan sudah , sampai kau ke liang lahad. Itulah , hijrah orang panggil . Perkara yang tak berhenti di situ sahaja.

Dan aku berharap, aku diizin tuhan untuk ke event seni seterusnya supaya aku terus terinspirasi dengan manusia-manusia hebat yang bina sarang dari kemalangan yang teruk.

“IpohKreative yang lepas , budget dalam RM500. Itu pun tak sampai , aku yang bundarkan”-Jayzuan.


Sebab bukan semua perkara perlu segedebuk duit untuk menginspirasi manusia dan memanusiakan seorang manusia. Percayalah. Isinya lagi penting dari , harga.


Thursday, March 17, 2016

Its Okay

Assalamualaikum
Hai.

I learn that, even a person who I thought have everything in their life don’t feel happy, still, sometimes, feels unfit for anybody. While, I, I see them as perfect. So, I don’t see any reason to stop being grateful. Because I believe, today, there’s somebody out there, who pray to Allah that they want life like mine.

I am blessed, with beautiful people around me. I asked Allah for a love instead He gives me greater love than ‘a’ that I asked. These people, taught me, that, its okay to feel not okay. Its okay if I feel sad and depressed. Its okay if I want to isolate myself for awhile. Its okay to feel a little heartbreak. Its okay to be damage. Its okay to not be perfect. As long as I know and I learn to stand up again.

And I learn that, crying doesn’t make me a loser or the weakest person on the Earth. It just mean, I tried so hard for thing to happen like I plan. But, again, my life is blessed, with things I never asked but He did give me because He knows that I need it even I don’t realize. I should be very grateful because my life was planned carefully by the Almighty who I know won’t make any mistakes.

These, every heartache, every wound, every fight, every battle that I lose, every scar, every 
heartbreak; I know, even then, I am a winner to myself and how this shitload has taught me to see a beauty behind every ugliness.

Dude, we are human. Vulnerable to unexpected thing. We are fighter even without entering the military school or whatever the world has offer. In every test He gives, He teaches us to see the beauty not the problem instead. So we know, how great His love and mercy even we sin a lot.
I don’t really know, to speak love in verbal. I speak love in every word I write and in every art I made. So this, is dedicated to you people, who don’t hesitate to love this wreck ship. Read the manual for me and be the wind when I can’t sail . Anchor into the deep blue ocean when I almost die in the middle of nothingness.

My parents won’t read this, but, If you happened to see them, just tell them this is for them too.
‘Why ask others to tell when you can do it yourself?’

Because they know me as this rebel kind of daughter , who don’t smile a lot and ignorance about most of thing. Haha. Dude. Really, I’m practically a full time introvert when I at home.

I believe in, when you give love , you don’t get love back from the same person you give instead you will receive from others who don’t expect.

Jujur, tuhan itu Maha Adil lagi Maha Kasih. Tak sia-sia jatuh sayang pada mereka-mereka yang tak kenal sayang kau. Sebab Dia, Dia tahu semua itu.


Semoga terinspirasi.

Kosong // Nastia

Friday, March 11, 2016

The Overlooked Beauty


Hai.

I wasn’t raised in a family who indulged in art or who like art. But Mama is a tailor , okay that’s art too I think. But now, I am big enough to know and to learn that art is more than painting and drawing. Its about a beauty in every darkness. Recently, I watched Sharifah Amani’s short films title Sangkar(Cage). It’s a good story though. Sharifah Amani was raised for acting and storytelling by Yasmin Ahmad through her films. She has been featuring in numbers of films directed by Yasmin Ahmad , such as, Sepet, Gubra , Muallaf and short film ‘Chocolate’. I wasn’t a fan of Yasmin Ahmad back then. I didn’t really watch her films. Well, I was a kid, I didn’t know much about life or what is happening around me because that’s what Yasmin told in her films. But , Sharifah Amani short film, Sangkar , really open my eyes, “ a student can be this good , I am sure her teacher was far greater”. And, so I began searching more about Yasmin. I watch some of her films and short films. 

Surprisingly, I just knew , Petronas ads were directed by Yasmin too! Seriously, I love Petronas ads. It’s full with humanity, love, the diversity of ethnic and compassion.

Gubra and Muallaf had become a controversy back then when it was first out. In fact, Yasmin had to cut 8 scenes in Sepet to be featured in Malaysia’s cinema. But Yasmin managed to win some awards for her films. She deserved it. Some critics said , Gubra was a started to a liberalization of Islam.

Example, a scene where the bilal touch a stray dog to make the dog go away from the street in his way to mosque, a scene shows the bilal’s family are very kind to Temah who is prostitute, in fact , Temah sent her son to bilal’s house to learn Quran reciting. These are example of scenes out of many others.

Yasmin has been interviewed to talk about her films which she knew has rose a lot of controversy in Malaysia since her films had shown a lot an affair between a Chinese boy and a Malay girl like in Sepet and Gubra. “Actually, I didn’t mean to highlight the races and ethnic. Its not what my intention was when I made the story. I just blur out the race and think that they are just people”- Yasmin said during the interview.

She was asked about Muallaf , a story about a Roman Catholic believer and two Muslim girls who planned on escaping from her brutal wealthy father. A controversy rose when people think , Yasmin actually highlighted the religion aspect instead what Yasmin said in her interview was, “well Muallaf in English is conversion, but what I mean to show is one’s forgiveness to their parents. Because I’m sure there’s a lot of people out there who has been punished by their parents more than they should get. And parents , they just human and they do make mistakes. The religion is just a small red herring”.

Yasmin was asked, where did she get the idea of writing those magnificent story. “From my experience and from what I see”. She taught her crew that when you write a story don’t filter , just do it , forget what others said, it your story after all. She said in the interview, “ There’s an American word said, ‘a pointing finger at the moon’ when these controversy rise on my films , its like they were talking about the pointing finger instead the moon”.

She succeed in bringing a distinctive value throughout her films.

We overlooked the beauty in her story because we are too busy telling what is right and what is wrong. “Kita semua hidup untuk mencari Tuhan , Cuma cara kita mencari yang berbeza”- Yasmin Ahmad. Last night, I watched this one Youtuber giving negative critiques toward Gubra and as a Muslim , I feel ashamed for the act of the Youtuber. Its good, that they want to spread Islam , to tell people ‘Islam is a true religion’ but sometimes at a point in dakwah , we have to differentiate between ‘advice’ and ‘insulting’. I get it, the scenes in Gubra was playing quite a lot with Islam, but Yasmin didn’t mean to insult Islam instead she showed Islam as a compassionate and tolerant religion.

Some critic said regarding Gubra, “why isn’t the bilal send an authorize person to get rid the prostitution activity in the village instead the befriend with them?”. Rasulullah SAW dakwah with hikmah. When we said about hikmah , it can be defined as a lot of ways that can be defined with and said ,”this is hikmah”. Does sending authorize person could really clean the village ? We want other religion feel safe in Islam because Islam isn’t about judging others no matter what is their status and by doing that will they feel safe ? We are human, vulnerable to mistake and sin. Hidayah comes from Allah not by ,”hey you go get the prostitute out of our village!”. Is that what Islam really teach us as a Muslim ?

I am not a religion’s scholar or anybody who has authorization to talk about religion but somehow it need to be speak out because this isn’t just about religion its about humanity.

Like, when a critic said regarding Sepet, it was a confusing for Malay Muslim when a pious Malay Muslim girl fall in love with a Chinese who isn’t Muslim and a criminal as well. Do we get to choose with whom we fall in love with ? We are living in a multiracial country where falling in love isn’t just with our own race or religion. It could be with anybody. Its not like we have full control to our hearts.

I am not ashamed being a Muslim but I am ashamed with those who wears like a Muslim , talk about Islam this and that, but when it comes to things like this they forgot what Islam really is. Its feel like we were Muslim in our words but in heart, we just the same with others who not.

We like to categorize people according to their race but we forgot we are same, human. We eat rice, we sleep, we cook. We just the same despite our different religion and race. Let’s put the past behind, we knew and that doesn’t mean we forgot about the 1969 memory, but its time to change the attitude toward every race. Blur out the race and think we just the same. People, human. We just the same.
Yasmin Ahmad’s films were an overlooked beauty. She told us the truth we often deny. But she proved it, that a Chinese can fall in love with Malay, Indian family can live with Malay family, being a Muslim family isn’t a reason we can’t befriend with prostitute, and no matter how hard our parents punished us during our past time we always has a reason to forgive them.

People, let’s start searching beauty in others instead the ugly side . Talk about the moon instead the pointing finger. Reality maybe not to kind and not as beautiful as fiction portray but if we learn to see the beauty in reality , you won’t ask for a beautiful fiction anymore.

Al-Fatihah to the late Yasmin Ahmad

p/s: The interview wasn't what exactly her 'words', I've to simplify thing.

Semoga bermanfaat.


Friday, March 4, 2016

Chill lah SPM je kot

Asslamualaikum
Hai.

Apa khabar SPM leavers ? HAHA. Dengar cerita junior sekolah aku dulu ada 4 orang straight A’s . Tahniah. Tahniah , untuk semua dah Berjaya habiskan SPM korang . Cemerlang tak cemerlang tu belakang kira. Aku ambil SPM tahun 2011. Result aku dulu pun biasa-biasa je . Boleh le orang kata nak di bawa ketengah. Amacam , debor dah habis belum ? Haha. Ke sambung debor tunggu result UPU pulak ? Kay kay , aku malas nak bakar dah. HAHAHA

Minggu lepas , aku attend seminar English :SPEAK UP! by Aiman Azlan . Selain sembang-sembang pasal English , kami diselitkan juga tentang confidence , attitude , dan isu semasa (eh yeke?). Encik Aiman Azlan bagi contoh , pembaris . Pembaris ni kata dia , measurement device. Dan examination ni , kata salah seorang student yang attend talk pada hari tu adalah satu measurement untuk apa yang telah kita pelajari. Jadi , conclusion yang boleh diberi , examination adalah ; measuring device. Bila kita mengukur sesuatu menggunakan pembaris , kita akan rasa satisfy dengan jawapan yang kita dapat. Let say , nak measure length handphone . Okay , 15cm katakan. Kita satisfy bukan ? Sebab kita dah Berjaya fulfill fungsi asal pembaris. Jadi , kenapa bila kita dapat grade C untuk exam kita rasa sedih ? Bukan ke kita dah fulfill fungsi exam ; measuring apa yang kita belajar ?

Okay , definisi apa yang kita bagi kepada sesuatu akan berbeza untuk setiap orang. Persoalannya , kenapa kita masih rasa sedih walaupun kita dah Berjaya fulfill definisi yang kita sendiri adakan tu ?

EXPECTATION

Ambil contoh pembaris dan gred C tadi ye. Kita tak letak apa-apa expectation dekat length handphone kita. But let say , satu experiment mengatakan length handphone sepatutnya adalah 13cm , lebih atau kurang dari itu bermaksud itu handphone yang tidak bagus. Tapi kita ukur dapat 15cm , kita akan rasa sedih bukan ?

Macam tu juga dengan result yang kita dapat. Kita rasa sedih bila AddMath kita dapat C sebab asal dulu kita expect A . Bila orang Tanya , kita lagilah rasa sedih , sebab mereka pun expect perkara yang sama. Kita yang tanam dalam diri kita expectation yang extravagant , sedangkan itu cumalah gred. Nothing more.

Bukan ke sepatutnya kita merasa seronok , sekurangnya kita tahu kita ditangga mana . Bila kita tahu length handphone kita bukan length yang terbaik kita akan lebih berhati-hati , so lepas ni tak beli yang salah dah. Dapat AddMath C , jadi kita boleh usaha untuk B at least dan tidak ke D. Dari kita tak tahu dekat mana posisi kita , sampai bila pun kita dekat tempat yang sama silap-silap.

Look , adik-adik. Grades are just number. Its not define who you are or what your self-worth bukan juga nilai hantaran nanti. It just number. Tak perlu rasa down untuk result SPM , come on its not the end of world pun. SPM tak menentukan Berjaya ke tak di masa hadapan nanti. Masa hadapan lain ceritanya dengan present korang.

Dia start rasa down bila kita mula nak membanding antara kawan-kawan , anak kawan-kawan parent kita , bila kita rasa ‘I can do better’. Yes , of course you can do better , there always next time. Mungkin bukan dekat SPM , mungkin masa Asasi , masa matrik nanti , masa diploma , masa degree , master , PhD , see banyakkan peluangnya. Kalau bukan dalam institusi pelajaran , banyak lagi benda dalam dunia yang kita boleh belajar tanpa perlu ke university. Buka bisnes mungkin , belajar dekat pondok mungkin , belajar memasak . There’s a lot of thing that you can learn.

Degree holder , diploma holder dan macam-macam lagi holder , itu Cuma certificate . Atas kertas , ilmu yang pure dalam kepala bila kita mampu apply apa yang belajar , itu ilmu , itu bagi aku pandai. Ada degree sekalipun kalau tak apply apa yang kita belajar tak guna juga.

Akan ada yang cuba membandingkan juga , tapi jangan risau . Dengar , dan ambil jadi motivasi.

Aku ada seorang adik yang sangat bermasalah masa zaman teenager dia. Liar. Dah kalau ikut , mama ayah nak ikat je kat rumah. Masa sekolah menengah , cikgu dia pernah kata dekat dia , “kamu ni takkan masuk u”. Dia rasa tercabar dengan apa yang cikgu tu kata . Dia work hard , SPM dia biasa-biasa je , Alhamdulillah dia dapat masuk UPSI diploma Sains . Dia cari cikgu tu , dan dia kata , “cikgu tengok ni , saya dapat masuk u”. Semenjak hari tu , cikgu tu mula respect dia. Note : Adik aku memang sumpah liar nak mati , ponteng , masuk bilik cikgu disiplin tu perkara biasa dah. Tu dululah ,sekarang baik dah. HAHA. See ? All you need is , usaha.

Tak ada benda impossible dalam dunia ni. Cuma kita yang suka terlepas pandang.

Jadi SPM leavers , jangan nak depress sangat ye. Sudah tu, enjoy your life.


Semoga bermanfaat

Wednesday, March 2, 2016

Kau yang Salah

Assalamualaikum

“Orang kata kalau dah pakai purdah ni , dia jagalah serba serbi. Tapi , dia ni keluar angkat kain pun bertowel je kepala. Akak pun rasa biasa-biasa jelah pasal dia walaupun dia berubah secara drastik”-Kak D

Kelmarin , keluar minum dengan office mate. Dia bercerita pasal anak buah yang berpurdah. Aku boleh senyum je. Dan aku tambah sikit cerita pasal budak UIA yang dah bertunang dengan seorang gadis berpurdah tapi alih-alih dapat tahu , gadis tersebut sudah mengandungkan anak luar nikah. “Orang-orang macam ni lah yang merosakkan nama orang yang berpurdah tapi ada akhlak yang baik. Merosakkan agama” , aku kata pada akak tu.

Jujurnya , bukan purdah yang salah.

Bukan tudung labuh yang salah.

Bukan tasbih yang salah.

Bukan kopiah yang salah.

Bukan serban yang salah.

Bukan handsock dan stoking yang salah.

Bukan makan banyak yang salah (?)

Okay.

Kau yang salah , jujurnya. Ke mana kau bawa penampilan kau , itu yang salah . Kadang , kita ni , bila seorang pemakai purdah melakukan kesalahan , kita terus menghukum pemakai purdah lain juga bersalah. Apa salah purdah sebenarnya ? Same goes to tudung labuh , kopiah, handsock , stoking dan seangkatan dengannya. Pelaku yang salah , kenapa diletakkan label kesalahan pada pemakaiannya.

Kita tengok at the good side . Mungkin gadis berpurdah tu , kepalanya bertowel sahaja masa keluar angkat kain , tapi good sidenya , dia mencuba memakai pakaian sunnah , dia masih cuba menutup kepalanya walau dengan sehelai towel. Instead kita terus menjatuhkan hukuman kepada dia , baiklah kita mendoakan dia supaya lebih istiqomah dengan pemakaian sunnah tersebut.

Point aku , aku nak kata yang jangan label kesalahan pada pakaian mereka . Pakaian tak salah , yang salah tu pemakai. Nelson Mandela pernah cakap sebuah buku tulisan Richard Stengel ; Nelson Mandela Portrait of an Extraordinary Man.Beliau kata , “tiada siapa dilahirkan sebagai racist. Tiada manusia yang jahat pada hati mereka. Kejahatan ini adalah sesuatu yang dimasukkan dan diajar kepada manusia melalui persekitaran , keadaan dan cara mereka membesar. Kejahatan bukanlah perkara yang original. Dasar apartid menjadikan manusia jahat , bukan kejahatan yang menjadikan dasar apartid”.

Begitulah juga dengan hal aku sembangkan dari tadi ni.

Bukanlah pakaian itu yang menjadikan mereka jahat. Ada orang pakai biasa-biasa , tak berkopiah pun , tak tudung labuh pun , biasa sahaja . Mungkin lebih banyak kurangnya , namun dia baik . Menjaga diri. Jadi , pakaian bukan penyebab. Yang salah tu diri kita . Kita yang bawa pakaian yang baik ke tempat yang tidak baik. Ada segelintir , yang bawa pakaian yang tidak baik ke tempat yang baik.

Tapi tak disangkal juga kesalahan mereka membawa pakaian sunnah ke tempat yang salah menjadi fitnah kepada Islam dan muslim yang lain.

Awak , awak dah pakai pakaian yang baik . Sempurna , ikut sunnah nabi. Awak , pakai pakaian isteri dan anak perempuan nabi , bukan ke lebih baik kalau akhlak juga seiring dengan akhlak Nabi Muhammad SAW , seiring dengan akhlak isteri dan anak perempuan nabi . Islam agama syumul , menyeluruh. Kenapa ambil Islam berpecahan. Pecahan pakaian awak nak ambil , pecahan akhlaknya awak tinggal.

Tolonglah , jangan sebarkan fitnah ke atas Islam. Kesian Rasulullah SAW , kesian Fatimah Azzahra RA , kesian Aisya RA. Kesiankanlah mereka .Sedih baginda Rasululah SAW tengok umat dia macam ni. Mungkin kadang tu kita terlepas cakap , gelak mengekek , ikhtilat kurang berjaga walau hakikatnya kita memakai pakaian yang baik-baik. Nanti tentu ada mulut-mulut yang berkata , jangan melenting. Anggaplah itu cara Allah mahu kita memperbaiki diri kita.

Aku faham , kadang dalam proses hijrah , banyak dugaannya. Kita manusia , aku tahu tak senang nak ubah diri kau yang kau dah bertahun hidup dengan diri tersebut , lepas tu suatu hari kau kena berubah. Kadang kau tersasar juga. Tak apa , cuba lagi . Jangan putus asa. Orang kata , nak berubah tak susah. Contoh , dulu pakai ketat , sekarang dah pandai pakai longgar . Tapi nak kekal terus pakai sampai bila-bila tu yang payah. Istiqamah tu yang payah. Sebab tu nak berubah , mulakan perlahan-lahan. Buat perkara yang paling mudah tapi paling senang kau nak istiqamah. Tak mampu berlari , berjalan pun tak apa. Bukan cepat ke lambat sampai pokok pangkalnya , tapi ke mana destinasinya. 
Itu yang penting.

Fitnah ke atas pakaian sunnah ni jujurnya dah terlalu berlambak. Cara mudah nak berhentikan semua fitnah ni , kita dulu kena mula perkenalkan kepada mereka akhlak yang baik. Bukan berpura , tapi ikhlas. Dengan akhlak yang baik , hati keras pun boleh jadi lembut. Hebatnya kuasa Allah tu. Itulah akhlak Rasulullah SAW.  Dan sama-samalah kita berdoa supaya mereka yang memang sengaja nak mengadakan fitnah ke atas Islam ni diberi hidayah. Jangan kecam , tapi doa yang baik-baik untuk mereka. Kita kena kasihankan orang-orang macam ni , kita ni Alhamdulillah , Allah tunjukkan cahaya , tunjukkan mana betul mana salah , tapi mereka , mereka tak dapat semua ni. Hidayah milik Allah , kekuatan juga milik Allah. Jadi mintalah kepada Dia.


Semoga bermanfaat.

Sunday, February 28, 2016

Bintang

Assalamualaikum
Hai.

Aku ni a kind of girl yang sentimental. I like things in pastel , something vintage , memorable thing though perkara tu Cuma sehelai kertas je kadang tu. Aku suka sangat bintang sebab bintang perkara precious bagi aku. Setiap kali aku pandang bintang , aku akan rasa seolah aku tengah menggantung harapan , dreams aku dekat setiap bucu bintang.Mungkin bintang tak ada warna spesifik , tapi bagi aku bintang adalah pastel dan dalam imaginasi aku bintang warnanya baby blue dan baby pink. Nampak, warna pun aku baby kan. Duh. Tak macho betul.

Dalam hidup aku , aku pernah star-gazing Cuma dengan dua manusia yang keduanya bagi aku ;penting dunia akhirat.

Hari ni , bintang ikut aku sepanjang perjalanan dari Manjung ke Ipoh. Bintang suka aku lah kot aku rasa. Bintang buat aku terfikir satu perkara . Mengapa bintang tak diizin tuhan untuk dipetik ? Sedangkan bintang terang-terang helplessly cantik. Tak payah nak di dandan bagai masih cantik pada mata-mata manusia macam aku yang jakun dengan bintang.

Bintang adalah serpihan asteroid yang sudah berjuta tahun mati. Ini apa yang aku dapat dari pembacaan konon-konon aku masa muda dululah. Bintang dapat cahaya dari matahari , sama seperti bulan. Cuma bulan adalah sebuah planet dan bintang adalah serpih yang bertebaran.

Cahaya matahari ni terlalu panas sampaikan dengan refleksi matahari yang terbias ke bumi guna cermin kanta pun mampu membakar . Apa lagi bentuk asalnya. Bulan , waktu malam akan sejuk seluruh permukaannya tapi bila siang bulan akan jadi panas. Berbeza dengan bintang.

Matahari juga bintang. Jadi bintang ni bukanlah hanya waktu malam , buktinya matahari.

Okay back to bintang. Permukaan bintang panas. Itu boleh kita tengok pada warnanya. Kadang ada bintang warna merah , percayalah itulah sebenarnya state bintang yang paling sejuk antara semua. Temperature yang berbeza akan menyebabkan perubahan pada warna bintang .

Aku selalu tertanya kenapa bintang tidak diizin untuk dipetik ?

Jadi inilah sebabnya. Bintang panas. Walau bintang cantik. Allah tahu kita takkan mampu dengan panasnya bintang , jadi Allah gantung bintang tinggi-tinggi dekat angkasa. Maka , kita hanya dapat lihat keindahan bintang walaupun kita tak mampu nak petik bintang.

Macam hidup kita.

Kita akan mula bitter bila kita tak dapat apa yang kita nak. Kadang , kita salahkan takdir untuk apa yang jadi. Kita buat seolah-olah Allah tak merancang kehidupan kita dengan baik. Allahu. Bukan ke Allah tu Maha Mengetahui. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Kita mungkin rasa , ‘oh perkara ni baik untuk aku’ , ‘ye inilah dia!’ , but the truth is , penentu semua tu Cuma satu , Allah.

Cubalah kalau bintang tu Allah letak rendah je. Betul-betul atas kepala kita , orang-orang yang tinggi mungkin dah kena jalan tunduk kot takut kepala melebur. See ?

Kita terlalu risau dengan kehidupan sedangkan kita ada Allah yang Maha Segalanya. Kita terjaga oleh Allah, setiap hari. Kadang tu , bukan Allah tak nak bagi apa yang kita nak . Pertama , mungkin itu bukan perkara yang terbaik untuk kita. Kedua, mungkin Allah nak kita lebih berusaha mendapatkan apa yang kita nak. Usaha dengan perbaiki diri , lebih banyak berdoa , buat amal makruf nahi munkar. Ketiga, mungkin Allah ada perancangan yang jauh lebih baik untuk kita. Keempat , mungkin belum masanya.

Setengah perkara dalam hidup kita , kita hanya mampu tengok cantiknya dari jauh sahaja sebab kita tahu , Allah tahu , andai kita berhampiran dengan perkara itu , ia akan mendatangkan keburukan kepada kita. Macam bintang.

Aku pernah baca , bila kita mati nanti orang aku mula lupa kita kecuali tulisan yang kita tinggalkan. Semoga ini bermanfaat.

Thursday, February 25, 2016

Rumpai

Assalamualaikum
Hai.

It almost 2 months internship with Unit Biosekuriti Tumbuhan. I learn a lot. Dua minggu lepas , we were introduced to parthenium hysterophorus atau nama kampungnya rumpai miang Mexico. Rumpai ni secara saintifiknya bahaya , banyak side effect such as untuk kulit allergic akan jadi gatal-gatal , sesak nafas , asma dan untuk tumbuhan , rumpai ni akan suppress crop growth. Tapi , bukan ini point aku .

Masa Tahun Kedua dalam kos pertanian , kami satu kelas kena kumpul rumpai untuk koleksi. Rumpai dalam bahasa pertaniannya adalah tumbuhan yang tidak diperlukan di kawasan tanaman kita. Walaupun itu rumpai yang ada baiknya , contohnya rumpai yang ada nilai kesihatan untuk dijadikan herba . Tapi disebabkan itu bukan tanaman yang petani mahukan , jadi ‘mereka’ terpaksa dibuang. I found a lot of beautiful kind of weed for my collection dan secara jujurnya rumpai memang cantik , cumanya , ‘mereka’ itu organisma yang tidak diperlukan di kawasan itu.

Macam rumpai miang Mexico , ia ada bunga berwarna putih krim yang sangat cantik. Orang putih panggil , baby’s breath J

Tapi disebabkan ‘mereka’ merbahaya , jadi mereka dimusnahkan tidak kisahlah cantik macam mana pun bunga atau morfologi ‘mereka’. Aku pernah jumpa rumpai  yang menjalar di tanah , macam duit-duit tapi daunnya lebih kecil , ada bunga warna putih yang kecil. Bayangkan that kind of plant  cover up tanah dengan bunga putih kecil . Cantikkan ? Macam carpet gituw. Tapi disebabkan ‘mereka’ ini cumalah ‘pengacau’ di kawasan yang bukan diperuntukkan untuk ‘mereka’ jadi ‘mereka’ tidak dilihat sebagai ‘cantik’.

Cuba kalau semua rumpai yang cantik dan ada nilai kesihatan ni di tanam pada tempat yang telah dikhususkan untuk ‘mereka’ , kau rasa orang akan pandang dan puji tak ? Kau rasa orang akan ambil cakna tentang wujud mereka tak ? Secara logiknya , mestilah orang akan pandang dan ambil cakna sebab kita akan fikir ini perkara yang kita ‘mahu’ .

Macam itu lah juga manusia .

*senyum*

Kadang aku selalu dengar ibu bapa yang merungut anak mereka suka muzik lebih dari suka pelajaran teras dan kritikal . Mereka marahkan anak mereka untuk minat yang anak mereka ada , mereka kata muzik tidak membawa ke mana-mana , mereka terlepas pandang kehebatan anak mereka sendiri. Mereka ‘rumpaikan’ minat anak mereka , sedang yang mereka ‘rumpaikan’ itu perkara cantik dan berguna kalau tepat pada tempat letaknya . Tapi mereka abaikan.

Kadang aku nampak anak muda yang bergraffitii di dinding-dinding pantas dicerca dan di maki hamun masyarakat. Masyarakat jadi buta dari hasil graffiti yang indah dan ada nilainya dengan bahasa kasar ‘conteng’ dan ‘vandalisme’. Yang salah tetap salah , tetapi untuk menegakkan kayu yang bengkok mana boleh dibalas dengan kasarnya hentakan . Andai masyarakat memandang nilai graffiti , mereka akan menyediakan sebuah ruang untuk anak muda yang minatnya pada graffiti.

Bila kita melihat suatu kesalahan pada manusia lain , kita terlalu cepat mahu ‘merumpaikan’ mereka . Kita mahu cepat-cepat ‘cabut’ mereka keluar dari kelompok kita kerana kita takut akan tersebar buruknya pada yang lain. Mungkin kita tak tahu yang paku pakis itu juga rumpai tapi ‘mereka’ sedap dimasak lemak.

Bukan semua rumpai itu jahat , buruk , menyusahkan dan mengganggu . Jangan lupa , Allah tidak menjadikan sesuatu atas dunia tanpa sebab. Begitulah juga manusia. Come on! Janganlah hand weed orang yang buat salah , orang yang jahat , spare them some space. Doakan kebaikan mereka , sediakan ruang dalam kelompok untuk mereka berubah.

Dalam dunia ni , semua perkara cantik kecuali perkara kejahatan tapi bukan pelakunya . Kerana yang mencipta dunia ini Allah yang Maha Cantik . Ya , cantik Cuma untuk mereka yang memilih untuk melihat dunia sebagai ‘cantik’.

Kita , terlalu rajin nak ‘merumpaikan’ orang , jangan lupa orang lain pun boleh ‘merumpaikan’ kita sebab kita ni bukan diperlukan di setiap tempat kan ? Tapi , pastikan satu ini. Jangan sampai Allah ‘merumpaikan’ kita sampai Dia tutup hati kita dari kebenaran , pekakkan telinga kita dari ayat-ayatNya.


Semoga Allah redha. 

Parthenium hysterophorus