Saturday, September 26, 2015

Qurban

Assalamualaikum

Hi semua.  Selamat Hari Raya Haji 😄. Puas dah makan daging ? Hihi. Aku cakap siap-siap aku tak puas makan daging sebab tak dapat balil raya.  Sobs . Sebab raya qurban,  sis korbankan cuti raya huhu .

Menu hari ini,  qurban.  

Selama korang hidup apa yang kau rasa kau dah korbankan untuk jadi kau yang hari ini?  Mesti banyakkan?  Contohnya daily life kau.  Kalau dulu kau suka makan manis,  lepas dapat tau diabetes kau cut off terus sugar in take.  Ini korban juga.  Letting go of thing yang kau suka. 


Defnisi korban dalam kamus aku is letting go of something you like in act to achieve something better . 

Hidup ni bukannya selalu indah. Ada setengah masa kau akan rasa macam nak bunuh diri sendiri sebab kau rasa beban tu tak tertanggung sangat. Ada setengah masa kau harap kau ada superpower untuk jadi invisible.  Ada setengah masa kau rasa kau tolak semua orang keluar dari lfe kau. 

Ini perkara biasa.  Sama macam ada setengah masa kau happy sangat bila apa yang kau dreams jadi realiti.  Bila kau berjaya dapat buku terakhir yang paling famous.  Bila kau dapat balik rumah peluk parents kau. 


Sad part tu akan ada tapi kau kena ingat happy part tu pun pernah ada. Kau cuma kena enjoy setiap possibilities yang datang dalam hidup kau.  Korbankan sedikit dari diri kau yang paling kau suka untuk dapat perkara yang jauh lebih baik.  Mungkin hidup kau tak mampu menanggung terlalu banyak beban jadi kau kena let go certain thing yang kau rasa penting tapi sebenarnya itu cuma scribbled notes dalam page kehidupan kau. 

Percayalah.  Tuhan tak kejam.  Dia dah sediakan kau jalan yang baik-baik. Apa yang aku cakap ni tak senang nak buat.  Aku tau.  Nak cakap memang senang tapi nak buat tu susah. Tapi apa kata give it a try sometimes.  You need a little positive thought to boost you back.  

Jadi apa korban kau untuk tahun ni?  Just give your life a space to breath . You gonna be fine.  Okay? 

And don't do it because you want compliment, because somebody told you to do it.  Do it because you want to do it and to be something better than yesterday. There's always a room for change. 

Good luck! 


Tuesday, September 22, 2015

Be strong !

                  Asslamualaikum

Hi there. Apa khabar hati awak wahai wanita? Aku dedikasikan tulisan hari ini khas untuk wanita.  Sebab apa? Sebab wanita organisma paling kompleks yang hatinya sangatlah rapuh dan sentiasa perlukan sesuatu untuk dipegang dari jatuh. 


Aku bukan bukan perempuan feminism . Aku tak juga kata yang lelaki tidak perlukan apa-apa untuk pergantungan dan hati mereka lebih besi. Aku tau tak. 

Lelaki dan perempuan ni tak sama tapi kalau aku bahaskan dari segi sakit kecewa atau terluka itu mungkin itu sama.  Lelaki ni bukan kali peluru dama macam perempuan,  sekali kena tembak sakit juga.  Sama bukan? 

Bezanya cara mengendalikan sakit itu. Perempuan ini sifatnya melodrama.  Overthinking.  Perkara yang belum terjadi itu sering-sering difikirkan buruknya dahulu sebelum baiknya.  Perempuan in dicipta untuk risau dan berjaga-jaga.  Tengok saja ibu kita.  Mereka lebih cautious dan risau berbanding bapa. Tetapi lelaki ini mudah.  Mereka lebih sensible.  Cara mereka berfikir lebih mudah berbanding perempuan. 


Dulu masa puberty,  semua hormone work yang menyesakkan kita dengan kehidupan seharian dan sejujurnya sekarang hormone work masih melakukan perkerjaan yang sama. Bila dah besar dah melepasi puberty time,  inilah battle sebenar kita tentang kehidupan. Macam mana kita melihat kehidupan,  persepsi kita,  definisi kita. Cabaran takkan pernah berhenti datang wahai gadis. Itulah yang menjadikan kita. 


Sifat melodrama wanita sering membawa wanita ke bahagian kehidupan yang tak sepatutnya wujud. Seperti contoh,  bunuh diri. Ini perkara biasa yang luar biasa. Kerana apa?  Kerana cinta, kehidupan dan harapan. Aku tau,  perempuan ni sangat gemar berharap,  berimpian,  berangan-angan. Sebab mereka ini sukakan suatu yang indah,  fairytale.  Tetapi gadis,  kau kena sedar inilah realiti. 


Dulu waktu kecil kau dibesarkan di dalam zin yang sungguh selesa.  Rama-rama,  pelangi , puteri raja,  happily ever after.  Itu bahagian akhir fairytale yang kau jumpa . Kau sedar tak,  Cinderella takkan jumpa putera rajanya kalau dia tak jadi oranf gaji untuk keluarga tirinya,  kalau fia tak struggle untuk pergi ke majlis tari menari.  Cinderella tak ada bayangan untuk jumpa putera raja sekalipun. Yang dia tau cuma,  dia mahu bergembira. 


Itulah yang aku katakan dengan cara kau memandang mendefinisi hidup. 


Kau takkan berjaya tanpa sedikit cabaran.  Kalau sakit bangun dan terus berjalan.  Dalam perjalanan ubatlah luka itu.  Manusia datang dan pergi dalam kehidupan kau tapi tuhan akan sentiasa ada untuk kau.  Jangan kau persoal itu ini pada takdir tuhan.  Dia Maha Mengetahui. Pastii dia sudah tentukan yang baik-baik sahaja untuk kau.  Pasti.  Jangan kau risaukan. 


Kau beruntung masih punya nyawa wahai gadis.  Nikmat itu cuma dikurnia sekali. Kalau hilang kau tak ada peluang kedua lagi.  Mereka tipu bila mereka kita peluang cuma datang sekali.  Sebab yang aku nampak peluang itu setiap kali aku buka mata setiap pagi,  itu peluang untuk aku betulkan silap salah aku.  Kau kena tau wahai gadis,  yang manusia tidak sempurna.  Kau wanita yang dicipta memang lembut hatinya,  lekas terusik , akal kau halus.  Itulah gunanya ilmu. 


Jangan berputus asa lagi dengan hidup. Be strong! Kau lebih kuat dari apa yang kau sangkakan. Kesat air mata kau dan teruskan perjalanan kau.  InshaAllah dihujungnya nanti pasti ada hasil yang lumayan. Kau cuma perlu bersabar . Kuatkan hati kau dengan ilmu. Tidak ada permintaan kau yang tuhan kata 'tidak' . Ianya sama ada belum lagi , ada yang lebih baik dan ya inilah dia.