Thursday, August 27, 2015

Merdeka Post

Assalamualaikum

Hai readers!

Pernah tak terfikir kenapa Chinese sebelah rumah kau baik tapi bila kereta kau kena langgar dengan seorang Chinese mabuk satu race kau kata , "ni lah dia orang Cina" , padahal 10 tahun kau berjirankan orang Cina hubungan korang baik je siap boleh ajak pergi vacation sama-sama , time raya Cina dia bagi limau time raya puasa kau bagi hantar biskut sarang semut sebalang . Macam mana pulak dengan situasi kau bukak paper ada berita "3 Orang Bangsa India Telah Menetak Mati Seorang Lelaki" dan terus kau buat keluarkan statement ," India memang macam ni, jahat" , bila berita 30 0rang budak Melayu merogol 2 orang perempuan kau kata , "apa nak jadilah budak-budak sekarang" . Kenapa tak kata , "Melayu memang macam ni, jahat" ? Bukan ke kedua-dua perkara tu tetap jahat ?


Faham tak apa yang aku cuba sampaikan sekarang ni ? Ini bukan soal perkauman , warna kulit , kewarganegaraan atau komuniti yang ada dalam dunia ni tapi ini soal dengan siapa kita duduk . Cuba fikir kenapa bila kaum lain buat kesalahn kita maki , cerca , hamun itu ini nak tu bukan dekat sorang tu je tapi pada satu kaum tapi sampai masa kaum kita sendiri yang buat kita cuma pandang sebelah mata ? Ini bukan pasal adil ke tak cuma itu bukan caranya untuk kau claim keharmonian dalam sesebuah negara . Itu pasal boleh bergaduh sana sini . Sebabnya apa ? Sebab salah Muthu sorang kau libat satu kaum dia . Salah Ah Cong sorang kau petik nama satu kaum dia . Salah Ali sorang satu kaum dia kau cacikan .


Apa ni tak bestlah okay . Bila aku dengar orang sembang kaum Cina ni memang macam ni tak makan saman semua , bila cakap semua nak betul dan bla bla bla aku mula teringan kawan-kawan Cina aku . . Baik je diorang dengan aku . Nak kata tak makan saman , elok je bila orang tegur cakap terima kasih sebab tegur . Nak kata bila cakap semua nak betul pun tak jugak sebab bila kitorang bagi opinion elok je dia consider . Aku ada je kawan kaum India , takdelah pulak jahat macam yang orang sibuk katakan tu . Elok je boleh pergi makan sama-sama , beli barang sama-sama . See ? Apa masalanya dekat sini kau rasa ? Sama ada masalahnya kau atau dia . Bukan Melayu , Cina atau India masalahnya .

Harap-harap entri kali ni boleh difikir-fikirkan baik buruknya . Mungkin ada yang aku kata ni salah jadi maafkanlah . Sempena bulan kemerdekaan ada baiknya kita bring back what we used to be suatu masa dulu . Bagi aku isu perkauman ni dah tak relevan dah sekarang sebab kita semua memang tak boleh lari dari bekerja bersama kaum yang berlainan dengan kita . Berjiran dengan kaum yang berlaianan dengan kita . Kau tengok kalau kedai mamak tu semua kaum boleh je duduk sebumbung tanpa bergaduh . Sebab isu sebenar bukan kaum tapi dengan siapa kita pilih untuk hidup . The demon inside you itulah isunya . Lepas ni tak kisahlah mata wang Malaysia 1 Usd sama dengan 100 ringgit Malaysia sekalipun kita still sama-sama stand tall together . Sekurangnya ada satu perkara dalam negara ni yang takkan jatuh .

Selamat Hari Merdeka Malaysia !