Saturday, June 6, 2015

Maha Inspirasi

Assalamualaikum

The reborn of gadesbiase . 

Kali pertama aku berblog niat aku cuma mahu menjadi inspirasi kepada manusia lain . Hidup aku bukanlah bed of roses , rainbow and butterflies all the time . Macam manusia atau lebih tepat macam teenagers lain . Aku ada masalah identiti , tak tau nak jadi apa , tak tau nak apa , belum kira lagi berjuta masalah lain yang buat aku mengaku kalah dengan realiti .

Tapi waktu tu , aku tak kisahkan semua tu . Sebab aku rasa bila aku menulis akubbukan sahaja sedapkan hati orang lain , aku sedapkan hati aku jugak . Blog ni pada asalnya penuh cerita berkisar hidup , puisi acah-acah aku , kalau orang baca orang akan kata "pekenalah dia ni kejap itu kejap ini" tak ada tujuan langsung . 

Makin hari umur aku makin meningkat . Aku makin lupa apa tujuan pertama aku menulis . Aku berhenti menginspirasi . Cerita aku jadi realiti yang jauh lebih hodoh dari keadaan asal realiti . Aku ceritakan kekecewaan . Hidupkan ketakutan dalam kehidupan manusia lain sama macam aku menghidupkan ketakutan dalam hidup aku sendiri . Aku terasa sangat hilang . Aku tak ada cita-cita, hidup atas impian orang , tak ada harapan apatah lagi mimpi .

Aku mula cari apa yang aku hilang . Apa yang kurang . Lama aku fikirkan sampailah aku terjumpa sesuatu dalam pembacaan aku dalam DIAgnosis2 , 'cari Dia , jumpa semua' . Waktu tu aku tahu apa yang aku hilang . Aku hilang Tuhan aku . Aku lupa dalam beribu perkara terpenting Dia yang paling utama . Aku kufur dengan nikmat hidup yang Tuhan pinjamkan , lupa pada hati dan jiwa yang Tuhan hadiahkan . Aku lupa semua tu .

Aku hilang inspirasi tapi aku lupa Dia Maha Inspirasi terlalu hampir dengan aku . Aku yakin dengan sedikit sedar dalam hati aku ni adalah kerana Dia rindukan aku . Allahu . Kerdil betul rasanya . Bila kau sudah terlalu jauh dari landasan Dia bawa kau pulang . Seterusnya usaha kau . Aku masih lagi hamba yang bertatih mencari . 5 tahun belajar di SMKA tak menjanjikan iman yang besar tapi cukup aku katakan untuk mengingatkan kalau jauh tersasar .

Ada orang tak ada basic terkial-kial mencari tapi aku ni sudah lengkap diajar basic cuma mahu atau tak mahu diaplikasikan sahaja itu pun buta lagi . Allahu . Hina sungguh aku rasa . 

Semoga aku istiqamah . 

Till then .