Wednesday, December 30, 2015

Wanita Solehah

Assalamualaikum

Hai gadis . Ini tulisan untuk kalian.

Awak tau tak gadis , awak ni mahal sangat . Dulu masa zaman jahiliah , martabat wanita ni jatuh nun di tapak kaki . Kalau ada keluarga yang mempunyai bayi perempuan , lekas-lekas nak dibunuh , ditanam hidup-hidup . Bila Rasulullah saw datang , Islam pun berkembang , bersusah payah Rasulullah tinggikan martabat seorang wanita . Allah sangat sayangkan wanita .

Jadi , Allah minta kita tutup kecantikan kita (aurat) dari dilihat orang yang tidak sepatutnya . Pernah dengarkan , "sebaik-baik wanita , adalah wanita solehah" . Tingginya martabat wanita terletak pada ilmu , akhlak dan imej yang kita bawa . Allah hadiahkan dalam diri kita wanita rasa malu . Malu itulah yang membenteng kita dari melakukan yang tidak baik . Sebab tu orang kata malu biar bertempat , nak tanya soalan kat lecturer malu tapi nak bergurau dengan ajnabi awak tak malu ?

Contoh : Kita pakai tudung labuh , berniqab , berstoking , berhandsock tapi bila depan ajnabi , gigih nak pertonton manja kita . Pakaian yang kita pakai melambangkan siapa kita . Biarlah , peribadi si pemakai dan pakaiannya selari dengan imej yang dibawa. Tak perlu niqab , contoh wanita yang menjaga auratnya tapi masih lagi bertepuk tampar dengan ajnabi . Jangan terkejut , kalau ada wanita yang tidak memakai tudung labuh , biasa-biasa sahaja , tapi bila dalam pergaulan dia menjaga lebih baik dari kamu yang bertudung labuh , yang menjaga amalnya dengan Allah jauh lebih baik dari kamu .

Wanita zaman Rasulullah dulu , bila berjalan ternampak ada lelaki sanggup pusing jalan jauh tak nak dipandang . Kita tengok sendiri puteri Rasulullah saw , Saidatina Fatimah , sedangkan dengan si lelaki buta pun beliau masih menjaga auratnya , masih tidak mahu dilihat . Pernah dengar cerita Ainul Mardhiyah ? Beliau adalah bidadari syurga yang kejelitaannya tiada tandingan . Cinta beliau cuma pada Allah . Dan yang layak untuk menumui beliau di syurga adalah para syuhada' . 

Pernah dengar cerita Rabiatul Adawiyah ? Nafsu beliau pada manusia hancur lebur kerana terlalu cintanya beliau pada Allah . Seluruh kehidupannya beliau devote cuma untuk beribadat pada Allah .Bertalu-talu lelaki yang kesemuanya bukan calang-calang ingin menjadikan beliau isteri , tapi tidak sedikit pun mengurangkan cinta beliau pada Allah . Biarlah kalau dihadiahkan segunung permata sekalipun .

Zinnirah ? Yang buta kerana menegakkan Allah lalu matanya dicucuk dengan besi panas . Beliau berkata , "Ya Allah semua ini adalah keranaMu. Kesengsaraan ini adalah untukMu untuk aku memiliki indahnya syurgaMu. Aku tahu syurga itu dipagari dengan duri dan neraka itu dibentangkan dengan keindahan". Walaupun sudah buta , beliau masih tetap beribadat pada Allah sehingga matanya bercahaya semula.

Terlalu ramai untuk dibariskan , wanita yang hatinya terpaut teguh pada Allah . Berbanding kita wanita hari ini yang lebih selesa memikirkan hal duniawi , tentang cinta sesama makhluk berbanding cinta Pencipta cinta itu sendiri . Wanita , kalian sedar tak suatu hari nanti akan ada mujahid kecil yang bakal lahir dari rahim itu . Siapa nanti yang akan mendidik mujahid itu kalau bukan kita . Kalau kita terlalu memikirkan untuk membina baitumuslim , yakin ke ilmu yang ada pada kalian hari ini sudah cukup untuk menjadi tulang belakang suami kalian kelak dalam usahanya menegakkan agama Allah .

Sayang , jangan rendahkan martabat kalian yang telah ditinggikan . Harga kalian terlalu mahal , jangan murahkan . Penuhkan diri dengan ilmu . Janganlah difikirkan sangat tentang duniawi . hakikat dunia ini adalah sementara , akhirat itu kekal selamanya . Bagaimana kalian ingin menghadiahkan kasih yang tulus pada suami kalian kelak sedangkan cinta pada Pencipta kalian sendiri kalian masih berkira-kira .

Kalau benar kalian cinta pada Allah , cinta pada kekasihNya , apa bukti cinta itu sendiri ? Bangkitlah wahai wanita , bumi ini akan lebih indah dengan bertebarnya wanita solehah . Buat sesuatu untuk menegakkan agama Allah di atas bumiNya , jangan kau risaukan hal yang lain . Kalau kau jaga Allah , Allah akan jaga kau , bahkan Dia akan sentiasa menjaga kau  . Allah itu terlalu dekat , yang jauh itu kita . Sudah-sudahlah lalai dengan dunia , tak takut ke dengan Jahannam ?

Tuesday, December 29, 2015

Bangkit

Assalamualaikum

Apa khabar semua ? Lama rasanya tak update blog . Em macam mana ye nak mula . Baiklah .

Aku manusia yang pernah jatuh dan hampir mati , bukan literally lagi dan kalau hari itu Allah izinkan perkara tu terjadi , aku adalah orang yang paling rugi . Tapi aku pilih untuk bangkit .

Masalah remaja hari ni paling besar adalah masalah hati . Penyakit hati . Aku pernah melalui penyakit ni , in fact , aku masih lagi merangkak mencari ubat . Penyakit hati adalah bila kau campurkan masalah berkaitan hati contohnya cinta sesama makhluk dan kau terlalu memikirkan perkara tu sampai kau lupa siapa yang paling utama , Allah .

Jatuh itu perkara biasa , bangkit itu luar biasa . Ada orang yang jatuh dia tak nak bangkit , jadi dia pilih jalan mudah minum racun , gantung diri , kelar leher sendiri . Bunuh diri ni dosa besar tau . Dan ada manusia bila dia jatuh , dia gigih nak bangun balik tak kisahlah apa cara sekali pun , walaupun dengan merangkak , Itulah simbol kekuatan seorang manusia .

Kita takkan lari dari ujian , sedangkan Rasulullah saw yang maksum pun bertimpa-timpa ujian yang Allah bagi , apa lagi kita ni yang Allahu jauh benar nak dibanding dengan kekasih Allah .

Kalau hari ni kau tengah go through fasa moving on . Aku tau sakit , aku tau pedih , aku tau payah . Tapi kau kena ingat satu perkara , manusia yang kau cintakan itu milik Allah , hati dia milik Allah , hidup dia milik Allah , jadi pada siapa kau perlu meminta dia atau Dia ? Ajar diri untuk redha , aku tau susah tu macam mana . Tapi cuba . Cari balik apa yang kau hilang . Kau tau , ujian ni direka untuk membuatkan kau dekat dengan Allah , bukan bertambah jauh .

Jangan pernah berputus asa dengan rahmat Allah . Kau tak tahu apa yang Allah rancangkan untuk kau . Perancangan Allah itu Maha Halus . Yakin , berdoa . Allah Maha Mendengar . Minta Allah pinjamkan kekuatan untuk kau go through fasa yang payah tu .

Aku yakin , ramai yang tengah go through fasa heartbreak bercinta . Rezeki , ajal dan jodoh Allah dah tentukan untuk setiap kita . Yang kita perlu buat cuma sabar dan persiapkan diri . Persiapkan diri macam mana ? Kejar cinta Allah . Jatuh hati dengan Allah dan Rasulullah saw dulu , yang lain akan menyusul . Allah dah janji dalam al-quran . Manusia ni dijadikan berpasang , apa yang kau takutkan . Allah takkan pernah menyalahi janji Dia .

Bangkit . Kalau semalam kau terlalu agungkan cinta seorang manusia , post-mortem balik diri kau . Pulangkan cinta tu pada Allah . Sungguh , Allah saja yang layak untuk cinta seagung itu .

Ujian mematangkan seorang hamba . Allah rindu tangisan hamba-hambaNya , jadi Dia uji , dengan cara itu kita akan merayu , mengadu , menangis pada Allah meminta . Kalau kau tak jumpa bahu untuk bersandar tak apa , asalkan kau ada dahi untuk bersujud . Allah takkan pernah pergi dari kau . Mintak sungguh-sungguh dekat Dia . InshaAllah .

Percayalah , kejatuhan kau tu mula untuk sebuah kebangkitan kau yang baru . Sedangkan panas pun ada teduhnya . Ingatlah setiap kesusahan disusuli dengan kesenangan . Refer Surah Asy-Syarh ayat 4 dan 5 .

Belajar terima kenyataan . Allah itu Maha Mengetahui . Jangan pernah doubt dengan apa yang Dia sudah tuliskan untuk kau . Kita ni manusia , dhaif , lemah sedang Dia Maha Besar , Agung . Belajar bersyukur dalam tiap-tiap dugaan . InshaAllah sikit-sikit kau akan mula nampak apa hikmah disebalik ujian yang Allah bagi dekat kau .

Dalam dunia ni tak ada apa yang kita punya , semua milik Allah , sedangkan udara yang kita sedut ni pun pinjaman dari Allah . Jadi bila Allah ambil sesuatu dari kita , kita kena belajar lepaskan walaupun payah , kerana kita ni cuma peminjam . Apa hak kita . Kalau betul kita nakkan sesuatu atau seseorang tu , mintaklah pada pemegang mutlak , Allah .

Bangkitlah , walaupun payah .



Saturday, September 26, 2015

Qurban

Assalamualaikum

Hi semua.  Selamat Hari Raya Haji 😄. Puas dah makan daging ? Hihi. Aku cakap siap-siap aku tak puas makan daging sebab tak dapat balil raya.  Sobs . Sebab raya qurban,  sis korbankan cuti raya huhu .

Menu hari ini,  qurban.  

Selama korang hidup apa yang kau rasa kau dah korbankan untuk jadi kau yang hari ini?  Mesti banyakkan?  Contohnya daily life kau.  Kalau dulu kau suka makan manis,  lepas dapat tau diabetes kau cut off terus sugar in take.  Ini korban juga.  Letting go of thing yang kau suka. 


Defnisi korban dalam kamus aku is letting go of something you like in act to achieve something better . 

Hidup ni bukannya selalu indah. Ada setengah masa kau akan rasa macam nak bunuh diri sendiri sebab kau rasa beban tu tak tertanggung sangat. Ada setengah masa kau harap kau ada superpower untuk jadi invisible.  Ada setengah masa kau rasa kau tolak semua orang keluar dari lfe kau. 

Ini perkara biasa.  Sama macam ada setengah masa kau happy sangat bila apa yang kau dreams jadi realiti.  Bila kau berjaya dapat buku terakhir yang paling famous.  Bila kau dapat balik rumah peluk parents kau. 


Sad part tu akan ada tapi kau kena ingat happy part tu pun pernah ada. Kau cuma kena enjoy setiap possibilities yang datang dalam hidup kau.  Korbankan sedikit dari diri kau yang paling kau suka untuk dapat perkara yang jauh lebih baik.  Mungkin hidup kau tak mampu menanggung terlalu banyak beban jadi kau kena let go certain thing yang kau rasa penting tapi sebenarnya itu cuma scribbled notes dalam page kehidupan kau. 

Percayalah.  Tuhan tak kejam.  Dia dah sediakan kau jalan yang baik-baik. Apa yang aku cakap ni tak senang nak buat.  Aku tau.  Nak cakap memang senang tapi nak buat tu susah. Tapi apa kata give it a try sometimes.  You need a little positive thought to boost you back.  

Jadi apa korban kau untuk tahun ni?  Just give your life a space to breath . You gonna be fine.  Okay? 

And don't do it because you want compliment, because somebody told you to do it.  Do it because you want to do it and to be something better than yesterday. There's always a room for change. 

Good luck! 


Tuesday, September 22, 2015

Be strong !

                  Asslamualaikum

Hi there. Apa khabar hati awak wahai wanita? Aku dedikasikan tulisan hari ini khas untuk wanita.  Sebab apa? Sebab wanita organisma paling kompleks yang hatinya sangatlah rapuh dan sentiasa perlukan sesuatu untuk dipegang dari jatuh. 


Aku bukan bukan perempuan feminism . Aku tak juga kata yang lelaki tidak perlukan apa-apa untuk pergantungan dan hati mereka lebih besi. Aku tau tak. 

Lelaki dan perempuan ni tak sama tapi kalau aku bahaskan dari segi sakit kecewa atau terluka itu mungkin itu sama.  Lelaki ni bukan kali peluru dama macam perempuan,  sekali kena tembak sakit juga.  Sama bukan? 

Bezanya cara mengendalikan sakit itu. Perempuan ini sifatnya melodrama.  Overthinking.  Perkara yang belum terjadi itu sering-sering difikirkan buruknya dahulu sebelum baiknya.  Perempuan in dicipta untuk risau dan berjaga-jaga.  Tengok saja ibu kita.  Mereka lebih cautious dan risau berbanding bapa. Tetapi lelaki ini mudah.  Mereka lebih sensible.  Cara mereka berfikir lebih mudah berbanding perempuan. 


Dulu masa puberty,  semua hormone work yang menyesakkan kita dengan kehidupan seharian dan sejujurnya sekarang hormone work masih melakukan perkerjaan yang sama. Bila dah besar dah melepasi puberty time,  inilah battle sebenar kita tentang kehidupan. Macam mana kita melihat kehidupan,  persepsi kita,  definisi kita. Cabaran takkan pernah berhenti datang wahai gadis. Itulah yang menjadikan kita. 


Sifat melodrama wanita sering membawa wanita ke bahagian kehidupan yang tak sepatutnya wujud. Seperti contoh,  bunuh diri. Ini perkara biasa yang luar biasa. Kerana apa?  Kerana cinta, kehidupan dan harapan. Aku tau,  perempuan ni sangat gemar berharap,  berimpian,  berangan-angan. Sebab mereka ini sukakan suatu yang indah,  fairytale.  Tetapi gadis,  kau kena sedar inilah realiti. 


Dulu waktu kecil kau dibesarkan di dalam zin yang sungguh selesa.  Rama-rama,  pelangi , puteri raja,  happily ever after.  Itu bahagian akhir fairytale yang kau jumpa . Kau sedar tak,  Cinderella takkan jumpa putera rajanya kalau dia tak jadi oranf gaji untuk keluarga tirinya,  kalau fia tak struggle untuk pergi ke majlis tari menari.  Cinderella tak ada bayangan untuk jumpa putera raja sekalipun. Yang dia tau cuma,  dia mahu bergembira. 


Itulah yang aku katakan dengan cara kau memandang mendefinisi hidup. 


Kau takkan berjaya tanpa sedikit cabaran.  Kalau sakit bangun dan terus berjalan.  Dalam perjalanan ubatlah luka itu.  Manusia datang dan pergi dalam kehidupan kau tapi tuhan akan sentiasa ada untuk kau.  Jangan kau persoal itu ini pada takdir tuhan.  Dia Maha Mengetahui. Pastii dia sudah tentukan yang baik-baik sahaja untuk kau.  Pasti.  Jangan kau risaukan. 


Kau beruntung masih punya nyawa wahai gadis.  Nikmat itu cuma dikurnia sekali. Kalau hilang kau tak ada peluang kedua lagi.  Mereka tipu bila mereka kita peluang cuma datang sekali.  Sebab yang aku nampak peluang itu setiap kali aku buka mata setiap pagi,  itu peluang untuk aku betulkan silap salah aku.  Kau kena tau wahai gadis,  yang manusia tidak sempurna.  Kau wanita yang dicipta memang lembut hatinya,  lekas terusik , akal kau halus.  Itulah gunanya ilmu. 


Jangan berputus asa lagi dengan hidup. Be strong! Kau lebih kuat dari apa yang kau sangkakan. Kesat air mata kau dan teruskan perjalanan kau.  InshaAllah dihujungnya nanti pasti ada hasil yang lumayan. Kau cuma perlu bersabar . Kuatkan hati kau dengan ilmu. Tidak ada permintaan kau yang tuhan kata 'tidak' . Ianya sama ada belum lagi , ada yang lebih baik dan ya inilah dia. 

Thursday, August 27, 2015

Merdeka Post

Assalamualaikum

Hai readers!

Pernah tak terfikir kenapa Chinese sebelah rumah kau baik tapi bila kereta kau kena langgar dengan seorang Chinese mabuk satu race kau kata , "ni lah dia orang Cina" , padahal 10 tahun kau berjirankan orang Cina hubungan korang baik je siap boleh ajak pergi vacation sama-sama , time raya Cina dia bagi limau time raya puasa kau bagi hantar biskut sarang semut sebalang . Macam mana pulak dengan situasi kau bukak paper ada berita "3 Orang Bangsa India Telah Menetak Mati Seorang Lelaki" dan terus kau buat keluarkan statement ," India memang macam ni, jahat" , bila berita 30 0rang budak Melayu merogol 2 orang perempuan kau kata , "apa nak jadilah budak-budak sekarang" . Kenapa tak kata , "Melayu memang macam ni, jahat" ? Bukan ke kedua-dua perkara tu tetap jahat ?


Faham tak apa yang aku cuba sampaikan sekarang ni ? Ini bukan soal perkauman , warna kulit , kewarganegaraan atau komuniti yang ada dalam dunia ni tapi ini soal dengan siapa kita duduk . Cuba fikir kenapa bila kaum lain buat kesalahn kita maki , cerca , hamun itu ini nak tu bukan dekat sorang tu je tapi pada satu kaum tapi sampai masa kaum kita sendiri yang buat kita cuma pandang sebelah mata ? Ini bukan pasal adil ke tak cuma itu bukan caranya untuk kau claim keharmonian dalam sesebuah negara . Itu pasal boleh bergaduh sana sini . Sebabnya apa ? Sebab salah Muthu sorang kau libat satu kaum dia . Salah Ah Cong sorang kau petik nama satu kaum dia . Salah Ali sorang satu kaum dia kau cacikan .


Apa ni tak bestlah okay . Bila aku dengar orang sembang kaum Cina ni memang macam ni tak makan saman semua , bila cakap semua nak betul dan bla bla bla aku mula teringan kawan-kawan Cina aku . . Baik je diorang dengan aku . Nak kata tak makan saman , elok je bila orang tegur cakap terima kasih sebab tegur . Nak kata bila cakap semua nak betul pun tak jugak sebab bila kitorang bagi opinion elok je dia consider . Aku ada je kawan kaum India , takdelah pulak jahat macam yang orang sibuk katakan tu . Elok je boleh pergi makan sama-sama , beli barang sama-sama . See ? Apa masalanya dekat sini kau rasa ? Sama ada masalahnya kau atau dia . Bukan Melayu , Cina atau India masalahnya .

Harap-harap entri kali ni boleh difikir-fikirkan baik buruknya . Mungkin ada yang aku kata ni salah jadi maafkanlah . Sempena bulan kemerdekaan ada baiknya kita bring back what we used to be suatu masa dulu . Bagi aku isu perkauman ni dah tak relevan dah sekarang sebab kita semua memang tak boleh lari dari bekerja bersama kaum yang berlainan dengan kita . Berjiran dengan kaum yang berlaianan dengan kita . Kau tengok kalau kedai mamak tu semua kaum boleh je duduk sebumbung tanpa bergaduh . Sebab isu sebenar bukan kaum tapi dengan siapa kita pilih untuk hidup . The demon inside you itulah isunya . Lepas ni tak kisahlah mata wang Malaysia 1 Usd sama dengan 100 ringgit Malaysia sekalipun kita still sama-sama stand tall together . Sekurangnya ada satu perkara dalam negara ni yang takkan jatuh .

Selamat Hari Merdeka Malaysia !

Saturday, June 6, 2015

Maha Inspirasi

Assalamualaikum

The reborn of gadesbiase . 

Kali pertama aku berblog niat aku cuma mahu menjadi inspirasi kepada manusia lain . Hidup aku bukanlah bed of roses , rainbow and butterflies all the time . Macam manusia atau lebih tepat macam teenagers lain . Aku ada masalah identiti , tak tau nak jadi apa , tak tau nak apa , belum kira lagi berjuta masalah lain yang buat aku mengaku kalah dengan realiti .

Tapi waktu tu , aku tak kisahkan semua tu . Sebab aku rasa bila aku menulis akubbukan sahaja sedapkan hati orang lain , aku sedapkan hati aku jugak . Blog ni pada asalnya penuh cerita berkisar hidup , puisi acah-acah aku , kalau orang baca orang akan kata "pekenalah dia ni kejap itu kejap ini" tak ada tujuan langsung . 

Makin hari umur aku makin meningkat . Aku makin lupa apa tujuan pertama aku menulis . Aku berhenti menginspirasi . Cerita aku jadi realiti yang jauh lebih hodoh dari keadaan asal realiti . Aku ceritakan kekecewaan . Hidupkan ketakutan dalam kehidupan manusia lain sama macam aku menghidupkan ketakutan dalam hidup aku sendiri . Aku terasa sangat hilang . Aku tak ada cita-cita, hidup atas impian orang , tak ada harapan apatah lagi mimpi .

Aku mula cari apa yang aku hilang . Apa yang kurang . Lama aku fikirkan sampailah aku terjumpa sesuatu dalam pembacaan aku dalam DIAgnosis2 , 'cari Dia , jumpa semua' . Waktu tu aku tahu apa yang aku hilang . Aku hilang Tuhan aku . Aku lupa dalam beribu perkara terpenting Dia yang paling utama . Aku kufur dengan nikmat hidup yang Tuhan pinjamkan , lupa pada hati dan jiwa yang Tuhan hadiahkan . Aku lupa semua tu .

Aku hilang inspirasi tapi aku lupa Dia Maha Inspirasi terlalu hampir dengan aku . Aku yakin dengan sedikit sedar dalam hati aku ni adalah kerana Dia rindukan aku . Allahu . Kerdil betul rasanya . Bila kau sudah terlalu jauh dari landasan Dia bawa kau pulang . Seterusnya usaha kau . Aku masih lagi hamba yang bertatih mencari . 5 tahun belajar di SMKA tak menjanjikan iman yang besar tapi cukup aku katakan untuk mengingatkan kalau jauh tersasar .

Ada orang tak ada basic terkial-kial mencari tapi aku ni sudah lengkap diajar basic cuma mahu atau tak mahu diaplikasikan sahaja itu pun buta lagi . Allahu . Hina sungguh aku rasa . 

Semoga aku istiqamah . 

Till then .